Harian Metro

Mekanik cedera dibelasah dua individu dikenali

-

Limbang: Seorang mekanik berusia 24 tahun yang sedang menunggu isterinya cedera dibelasah dua individu dikenali pada kejadian di Kampung Danau Batu, jam 2 pagi kelmarin.

Ketika kejadian, isteri mangsa menghadiri majlis keramaian di kampung berkenaan.

Bukan setakat dibelasah, malah motosikal mangsa turut dirosakkan suspek.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­dan Mohd Bukhori Saffai berkata, mangsa bagaimanap­un tidak mengetahui motif dia dibelasah.

“Suspek membelasah mangsa dengan kayu dan batang besi. Orang awam kemudian membawa mangsa ke Hospital Limbang untuk rawatan.

“Susulan laporan yang kami terima, anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang menahan empat lelaki berusia 18 tahun hingga 22 tahun di sekitar daerah ini,” katanya, semalam.

Menurut beliau, pihaknya tidak menemui senjata yang digunakan untuk membelasah mangsa.

Keempat-empat suspek dibawa ke IPD Limbang untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan.

 ??  ?? KECEDERAAN yang dialami mangsa selepas dipukul dua lelaki.
KECEDERAAN yang dialami mangsa selepas dipukul dua lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia