Harian Metro

3 lelaki samun pelajar diburu

-

Polis buru tiga lelaki yang terbabit dalam kes samun sehingga mendatangk­an kecederaan kepada seorang pelajar di sekitar Jalan Persisiran, di sini, 7 November lalu.

Mangsa berusia 16 tahun cedera selepas ditikam dua kali di belakang badan dengan menggunaka­n kerambit oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, ketiga-tiga suspek berusia 20-an dan berketingg­ian 170 sentimeter (sm) hingga 175 sm, berkulit gelap dan berambut pendek.

“Siasatan mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian selain tiada saksi tampil membantu siasatan,” katanya, semalam.

Fadil berkata, mangsa masih dirawat di Hospital Tawau dan keadaannya dilaporkan stabil.

Terdahulu, beliau berkata, pada jam 3.15 petang 7 November lalu, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, yang juga pengadu berbual dengan mangsa selepas selesai menduduki peperiksaa­n

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia