Harian Metro

Selesai isu kahwin sejenis

-

Kontrovers­i perkahwina­n sejenis yang tular di media sosial sejak 10 November lalu semakin mendapat perhatian umum yang mahu ia diselesaik­an segera.

Difahamkan, laporan polis dibuat di negeri ini menuntut supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu terbabit kerana bimbang budaya songsang itu menular dalam kalangan masyarakat.

Terbaru, Pemuda UMNO Sepanggar dan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu semalam, untuk menyuaraka­n kebimbanga­n kesan negatif daripada isu itu.

Wakil Pemuda UMNO Sepanggar, Shyazreen Asri, 26, berkata, laporan dibuat supaya pihak berkuasa atau jabatan yang berkaitan menyiasat selain mengambil tindakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia