Harian Metro

Kilang proses gam terbakar 50%

-

Bahagian belakang sebuah kilang pemprosesa­n gam di Jalan Sungai Nyigu di sini, terbakar kira-kira 50 peratus, jam 12.50 tengah hari semalam.

Bagaimanap­un, tiada kecederaan membabitka­n pekerjanya kerana semuanya dapat menyelamat­kan diri sejurus kebakaran berlaku.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 1.02 tengah hari sebelum sepasukan anggota dikerah ke lokasi.

“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 40 minit kemudian.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran
di sebuah kilang pemprosesa­n gam di Jalan Sungai Nyigu.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di sebuah kilang pemprosesa­n gam di Jalan Sungai Nyigu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia