Harian Metro

Laksana 241 projek tebatan banjir

-

Petra Jaya: Kerajaan negeri melaksanak­an 241 projek tebatan banjir dengan kos keseluruha­n RM106.3 juta tahun ini bagi mengatasi masalah bencana alam itu.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Penguang Manggil berkata, 97 projek bernilai RM45.7 juta diluluskan kerajaan negeri menerusi Inisiatif Transforma­si Luar Bandar.

Menurutnya, daripada keseluruha­n projek, 63 daripadany­a dijangka dapat disiapkan sepenuhnya tahun ini manakala baki projek berkenaan dijangka siap tahun depan.

“Pada masa sama, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri memperuntu­kkan RM7.9 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanak­an projek tebatan banjir.

“Manakala bagi Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar, peruntukan RM27.55 juta sudah diluluskan bagi membolehka­n JPS melaksanak­an projek sama,” katanya.

Penguang berkata demikian pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Beliau berkata, antara projek berimpak tinggi dalam inisiatif itu ialah projek tebatan banjir bernilai RM6.9 juta di Padang Merdeka yang bakal dilaksanak­an Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) awal tahun depan.

“Projek berimpak tinggi lain ialah menaik taraf sistem perparitan di Jalan Green di Kuching dengan kos RM3.3 juta yang dijadual siap pada penghujung tahun ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia