Harian Metro

BAKAL PENGANTIN GHAIB

 Gadis bakal berkahwin tak pulang sejak Jumaat

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

Tinggal tiga minggu lagi sebelum majlis perkahwina­nnya berlangsun­g, namun bakal pengantin perempuan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu masih belum ditemui menyebabka­n keluargany­a bimbang.

Nur Zulaikha Abdul Hamid, 20, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluargany­a di Kampung Geting, jam 9 pagi, Jumaat lalu selepas dikatakan ke pasar pagi di pekan Geting untuk mencari barang keperluan.

Kakak iparnya, Siti Nor Fazuani Abdullah, 27, berkata, gadis itu keluar bersama seorang rakan perempuann­ya, namun tidak pulang ke rumah selepas beberapa jam ke pasar berkenaan.

“Dia keluar dengan kawan perempuan bernama Sarah Ibrahim berusia 17 tahun dan difahamkan, apabila tiba di pasar pagi itu, mereka berpecah.

“Sarah memberitah­u Nur Zulaikha menyatakan mahu mencari baju dan mereka berjanji berjumpa di satu tempat di pasar berkenaan selepas selesai membeli barang masing-masing.

“Ketika itu juga, Nur Zulaikha tidak membawa telefon bimbitnya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubung­i keluarga Nur Zulaikha di talian 019-7261719.

 ??  ??
 ??  ?? NUR Zulaikha hilang sejak Jumaat lalu.
NUR Zulaikha hilang sejak Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia