Harian Metro

GEMPA BUMI DI IRAN

 Lebih 300 penduduk maut akibat gempa bumi kuat di wilayah Iran, Iraq

-

Sekurang-kurangnya 332 terkorban manakala hampir 4,000 lagi dilaporkan cedera selepas satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud melanda sempadan Iran dan Iraq kelmarin, kata pihak berkuasa.

Gempa itu berlaku pada jam 9.20 malam (waktu tempatan) kira-kira 30 kilometer dari selatan bandar Halabja di wilayah Kurdistan di Iraq ketika kebanyakan orang berada di rumah, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Tanah runtuh turut berlaku susulan gegaran terbabit sekali gus menyukarka­n usaha menyelamat dilakukan.

Pihak berkuasa Iran memberitah­u, seramai 332 penduduk dilaporkan terkorban, manakala enam dilaporkan maut di wilayah Iraq.

“Terdapat 332 orang maut dan lebih 4,000 lagi cedera, semua di wilayah Kermanshah,” kata timbalan ketua unit krisis, Behnam Saidi kepada televisyen tempatan.

Timbalan gabenor Kermanshah, Mojtaba Nikkerdar berkata, pihak berkuasa kini dalam proses untuk menyediaka­n tiga khemah bantuan kecemasan. Manakala ketua perkhidmat­an kecemasan Iran, Pir Hossein Koolivand pula berkata, pasukan bantuan sukar pergi ke kawasan bencana kerana terputus hubungan selain berlaku tanah runtuh.

Pasukan penyelamat juga berusaha mencari mangsa yang masih terperangk­ap dalam runtuhan bangunan.

Agensi berita IRNA melaporkan, sebanyak 30 pasukan Bulan Sabit Merah dihantar ke zon gempa yang terputus bekalan elektrik.

Di Iraq, pihak berkuasa berkata, enam maut di utara wilayah Sulaimaniy­ah dan kira-kira 150 lagi tercedera.

Rakaman video di Twitter menunjukka­n orang ramai berlari keluar dari bangunan di Sulaimaniy­ah, manakala tingkap bangunan berkecai sejurus dilanda gempa.

Imej yang dirakam di bandar berhampira­n Darbandikh­an menunjukka­n berlaku keruntuhan dan kerosakan teruk pada bangunan akibat gegaran.

Pengarah hospital yang terletak 70 kilometer di selatan Darbandikh­an memberitah­u, seorang kanak-kanak dan warga emas maut di Kalar, manakala seramai 105 mangsa tercedera.

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK dan askar mencari mangsa yang terperangk­ap dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi di bandar Pole-Zahab di Kermanshah, Iran. - EPA
PENDUDUK dan askar mencari mangsa yang terperangk­ap dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi di bandar Pole-Zahab di Kermanshah, Iran. - EPA
 ??  ?? SEBUAH bangunan yang runtuh di bandar Darbandikh­an di wilayah Kurdistan di Iraq. - Reuters
SEBUAH bangunan yang runtuh di bandar Darbandikh­an di wilayah Kurdistan di Iraq. - Reuters
 ??  ?? SEORANG wanita meratapi ahli keluargany­a yang maut di sebuah hospital di Kermanshah. - Reuters
SEORANG wanita meratapi ahli keluargany­a yang maut di sebuah hospital di Kermanshah. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia