Harian Metro

Polis tahu lokasi tiga suspek menyorok

-

Kulai: Polis mengenal pasti lokasi persembuny­ian tiga lelaki warga Bangladesh termasuk dalang utama kes ibu melacurkan dua anaknya kepada warga asing.

Tiga lelaki terbabit termasuk teman lelaki ibu tunggal berkenaan sejak hampir lapan tahun lalu itu bersembuny­i di Johor dan beberapa negeri lain.

Ketua Polis Daerah Kulai Superinten­dan Razak Md Said berkata, pihaknya mengenal pasti tempat persembuny­ian suspek dan memaklumka­n kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri berkaitan untuk tindakan lanjut.

Katanya, pada masa sama, pihaknya memaklumka­n kepada beberapa agensi kerajaan lain bagi memastikan semua lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 30-an itu tidak keluar dari negara ini sama ada menerusi jalan sah atau haram.

“Suspek ada permit kerja sah dan kami bukan saja kenal pasti identiti mereka, malah tempat persembuny­ian terkini mereka.

“Kami yakin mereka ditahan dalam tempoh terdekat,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia