Harian Metro

KPDNKK sasar 300 pembekal terbabit KR1M 2.0

-

Putrajaya: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) menyasarka­n antara 200 hingga 300 pembekal akan terbabit dalam Program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selain syarikat multinasio­nal dan syarikat besar tempatan, pihaknya kini sedang bekerjasam­a dengan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjadi pembekal produk dan barangan yang dijual di KR1M 2.0.

“Ini bagi memberi peluang kepada mereka untuk terbabit dalam KR1M 2.0. Jika dahulu Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) yang mengawal (membekalka­n produk dan barangan).

“Sekarang tidak lagi kerana kita memberi peluang kepada semua pihak untuk mereka menggunaka­n program ini dalam menambah dan menaikkan jualan selaras dengan sasaran kita menyediaka­n KR1M hingga ke pedalaman,” katanya pada sidang media Majlis Pra Pelancaran Karnival Jualan Mega 2017, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha Datuk Seri Jamil Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdaganga­n Dalam Negeri) Datuk Basaruddin Sadali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Koperasi dan Pengurusan) Datuk Razali Othman.

Hamzah berkata, KR1M 2.0 akan dilancarka­n sebelum hujung tahun ini dengan harga barangan dijual lebih murah dan berpatutan berbanding produk yang biasa didapati di pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia