Harian Metro

ShopBack terima RM105j tambahan dana daripada 10 institusi pelabur

-

Kami berusaha menjadi portal sehenti membeli-belah dan gaya hidup bagi rakyat Malaysia”

Gill

ShopBack, menerima dana AS$25 juta (RM105 juta) dalam pusingan pendanaan terbaru mereka menjadikan jumlah dana keseluruha­n setakat ini hampir AS$40 juta (RM168 juta).

Pusingan ini diketuai

Credit Saison, syarikat kad kredit dan kewangan runcit terbesar di Jepun.

Lebih daripada 10 institusi pelabur menyertai pusingan ini termasuk pelabur baru Blue Sky dan

Intouch Holdings PLC serta pelabur sedia ada seperti SoftBank Ventures Korea, Singtel Innov8, Qualgro dan East Ventures.

Pengurus Besar ShopBack Malaysia Alvin Gill berkata, ganjaran tunai adalah landasan penubuhan ShopBack di Malaysia dan menjadi asas kepada pihaknya membina penyelesai­an beli-belah yang lebih bijak.

“Pusingan pendanaan yang terbaru ini tepat pada masanya ketika kami memasuki festival jualan akhir tahun dengan Alibaba

11.11 Singles Day dalam masa terdekat.

“Kami berusaha menjadi portal sehenti membeli-belah dan gaya hidup bagi rakyat Malaysia,” katanya .

Menurutnya, pendekatan pemasaran mereka yang disesuaika­n dengan efisyen meningkatk­an kesedaran terhadap Taobao, Tmall, and AliExpress di Malaysia.

Pada 2016, ShopBack Malaysia menghasilk­an 400 peratus peningkata­n tempahan ketika 11.11 Singles Day berbanding pada 2015.

“Kami berharap dapat meningkatk­an prestasi tahun ini dengan kempen berimpak besar termasuk ganjaran tunai 50 peratus dan kod promo istimewa untuk pengguna kami,” katanya.

ShopBack yang terdapat di enam negara telah dipacu oleh pasukan yang terdiri lebih 130 orang. Pasukan pengurusan­nya dikumpulka­n dari latar belakang e-dagang dan teknologi dengan pengalaman mengembang­kan syarikat merentasi serantau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia