Harian Metro

India buka semula sekolah

-

New Delhi: Tindakan kerajaan membuka semula sekolah biarpun negara itu masih dilanda jerebu teruk, mengundang kemarahan ibu bapa kerana mendedahka­n anak mereka kepada bahaya.

Tindakan itu diambil kerana kerajaan bimbang dengan persediaan pelajar bagi menghadapi peperiksaa­n akan datang.

“Tahap pencemaran tidak menunjukka­n sebarang tanda ia akan berkuranga­n. Jika situasi masih sama, tindakan juga harus sama. Mengapa membuka semula sekolah.

“Mereka juga yang memberitah­u bahawa keadaan ini adalah situasi kecemasan kesihatan namun pada masa sama, kerajaan ‘bermain’ dengan kesihatan kanak-kanak.

“Kami kesal apabila melihat kanak-kanak batuk dan sukar bernafas untuk ke sekolah,” kata Presiden Persatuan Ibu Bapa India, Ashok Agrawal.

Tahap pencemaran udara PM2.5 dilaporkan meningkat kepada 500 yang boleh memberi risiko serangan jantung dan angin ahmar kepada manusia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyork­an seseorang hanya boleh terdedah kepada bacaan maksimum 25 dalam tempoh 24 jam dan tahap 300 dikategori­kan sebagai berbahaya.

Krisis yang masuk minggu kedua itu berpunca daripada aktiviti membakar tanaman secara haram dan asap kenderaan serta kilang.

 ??  ?? SEKUMPULAN pelajar berjalan ke sekolah ketika cuaca berjerebu di Amritsar, India semalam.
SEKUMPULAN pelajar berjalan ke sekolah ketika cuaca berjerebu di Amritsar, India semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia