Harian Metro

Badan pedih disambar api dapur gas

-

Georgetown: “Saya terdengar bunyi gas bocor sebelum badan disambar api,” kata mangsa letupan tong gas di Madrasah Irsyadiah Al-Asyraf Al-Wataniah, Sungai Bakap, dekat sini, pada 30 Oktober lalu.

Mangsa, Shahrin Muhamad, 49, berkata, dalam kejadian jam 4 petang, dia bersama anak perempuan Nurul Zulaika, 19, pergi ke pondok didiami seorang wanita lingkungan 80-an dikenali sebagai Tok Puteh dan dia pada mulanya diminta untuk melihat dapur gas yang disyaki kebocoran.

“Pada mulanya, saya diminta datang pada waktu pagi, tetapi hanya boleh melihat keadaan dapur gas pada sebelah petang.

“Ketika berada di dalam pondok, saya terhidu bau gas kuat sebelum membuka tingkap.

“Saya turut mencabut hos gas dan mengambil langkah awal selama 20 minit tanpa menyedari masih ada bau gas di dapur,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, semalam.

Turut bersamanya di wad, isteri, Noor Wahidah Mohd Ramli, 40-an serta anak perempuan, Nurul Syahirah, 22.

Shahrin berkata, selepas dia memetik suis gas pada dapur gas berkenaan, tiba-tiba api menyambarn­ya menyebabka­n seluruh badan merasa pedih. Nurul Zulaika turut mengalami nasib sama.

Menurutnya, dia dan anak dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap (HKB) untuk rawatan sebelum dipindahka­n ke HPP.

“Saya melecur kira-kira 35 peratus di muka, tangan dan kaki, manakala Nurul Zulaika melecur 25 peratus di bahagian sama.

“Syukur Alhamdulil­lah kini keadaan saya dan Nurul Zulaika beransur pulih,” katanya.

Sementara itu, Nurul Syahirah bersyukur kepada Allah SWT kerana ayah dan adiknya terselamat dalam kejadian yang hampir meragut nyawa mereka.

Katanya, mengenai kos rawatan dia tidak tahu berapa jumlah sebenar diperlukan.

“Kos pembedahan dan rawatan mungkin tinggi, selain ayah dan ibu tidak bekerja serta menolong kerja kebun di pondok sejak keluarga kami berpindah di sini, Disember lalu.

“Sekiranya ada pihak sudi membantu keluarga saya dan pondok amatlah diharapkan, selain berdoa agar ayah dan adik cepat sembuh,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubung­i isteri mangsa, Noor Wahidah Mohd Ramli di talian 018-9416979 untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? NURUL Syahirah menunjukka­n gambar bapa dan adiknya yang melecur terkena api.
NURUL Syahirah menunjukka­n gambar bapa dan adiknya yang melecur terkena api.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia