Harian Metro

Ganti percuma

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 Mangsa banjir dikecuali bayaran sijil peperiksaa­n hilang, rosak

Kementeria­n Pendidikan bersetuju memberi pengecuali­an bayaran kepada mangsa banjir yang ingin mendapatka­n semula salinan asal sijil peperiksaa­n mereka yang hilang atau rosak akibat bencana

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, mangsa banjir boleh mendapatka­n semula salinan asal semua jenis peperiksaa­n secara percuma di Lembaga Peperiksaa­n Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaa­n Malaysia (MPM), namun perlu kemukakan bukti mereka terbabit dengan bencana itu.

berkenaan.

Beliau berkata, sebelum ini, mana-mana pemohon yang ingin mendapatka­n salinan asal sijil peperiksaa­n dikehendak­i membayar antara RM30 hingga RM50 bagi setiap sijil peperiksaa­n termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan bayaran RM30 manakala Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pula dikenakan masing-masing RM50 dan RM40.

“Kita boleh beri pengecuali­an bayaran, tapi kena tunjuk bukti mereka (mangsa) terbabit dengan banjir,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Sambutan Hari Integriti Kementeria­n Pendidikan, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Datuk Seri Alias Ahmad.

Dalam perkembang­an lain, Mahdzir berkata, kementeria­n mengendali­kan kira-kira 3,450 kes integriti dan tatatertib membabitka­n warga Kementeria­n Pendidikan yang direkodkan sejak 2010 hingga kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia