Harian Metro

‘Biarlah rumah tiada perabot’ Buka 2 pusat pemindahan

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

 Penduduk serik tanggung kerugian akibat rumah kerap dilanda banjir

“Apa gunanya perabot jika rumah kerap kali ditenggela­mi banjir. Sejak minggu lalu, sudah tiga kali kediaman kami dinaiki air,” kata mangsa banjir, Roszaihan Hanafiah, 33.

Menurutnya, dia sekeluarga baru selesai mencuci lumpur di rumah terletak di Sungai Serai di sini, selepas banjir besar berlaku Jumaat lalu.

“Rumah kami memang tidak dilengkapi dengan perabot. Bukan kami tidak mampu namun kami sudah tidak mampu menanggung kerugian.

“Perabot akan rosak akibat ditenggela­mi banjir dan memerlukan wang untuk menggantin­ya semula,” katanya ketika ditemui wartawan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai di sini, semalam.

Sementara itu seorang lagi penduduk, Norela Alwi, 47, berkata, hujan lebat sejak jam 3 pagi semalam menyebabka­n air dari Sungai Langat melimpah sebelum menenggela­mkan rumahnya.

“Air banjir melimpah masuk ke dalam rumah sekitar jam 9 pagi tadi (semalam). Ketika itu kami baru sahaja menghantar anak ke sekolah.

“Banjir kali ini hanya setinggi paras betis. Sebelum ini lebih teruk apabila paras banjir setinggi paras pinggang dewasa,” katanya.

Dia yang tinggal di kawasan itu sejak 30 tahun lalu berkata, rumahnya dilanda banjir hampir 25 kali sebelum ini. Hulu Langat: Dua pusat pemindahan banjir di Sungai Serai dan Kompleks Penghulu, Batu 10 di sini, dibuka semula selepas banjir menenggela­mkan 10 kediaman di kawasan itu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor Kolonel (PA) Ghazali Abd Rahman berkata, dua pusat pemindahan banjir itu mula dibuka sejak jam 3 petang semalam.

“Pusat pemindahan banjir itu beroperasi semula selepas penduduk di sekitar Sungai Serai meninggalk­an kediaman mereka apabila paras air mulai naik ke paras bahaya.

“Air mula naik pada jam 9 pagi tadi (semalam) dan bacaan terkini paras air adalah 0.3 meter,” katanya.

Katanya, setakat ini 56 mangsa membabitka­n 16 keluarga sudah berpindah berikutan paras air yang tidak menentu.

“Pemantauan paras air terus dilakukan APM berikutan cuaca yang tidak menentu sejak awal pagi semalam. Setakat ini tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan,” katanya.

 ?? HAFIZ SUHAIMI ?? BEBERAPA rumah dinaiki air sehingga ke paras betis akibat hujan lebat di kawasan berkenaan.
HAFIZ SUHAIMI BEBERAPA rumah dinaiki air sehingga ke paras betis akibat hujan lebat di kawasan berkenaan.
 ??  ?? ANGGOTA APM memberi bantuan kecemasan kepada mangsa banjir
di Sungai Serai.
ANGGOTA APM memberi bantuan kecemasan kepada mangsa banjir di Sungai Serai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia