Harian Metro

Setahun lima kali rumah dinaiki air

-

Gua Musang: “Tahun ini sahaja sudah lima kali rumah naik air,” kata Siti Nor Asiah Aziz, 27, yang rumahnya dinaiki air akibat hujan berterusan lebih lima jam, malam kelmarin.

Rumahnya di Kampung Tanah Puteh di sini, bersama tujuh unit lagi termasuk dua tidak berpenghun­i dinaiki air selama tiga jam bermula 4 pagi semalam.

Menurutnya, dia menyedari berlaku limpahan anak sungai berdekatan apabila penduduk kampung mengejutka­nnya daripada tidur.

“Ketika saya terjaga, air sudah memasuki rumah dan tak sempat hendak selamatkan perabot dan barangan lain melainkan terus keluar untuk menyelamat­kan diri.

“Kami menumpang di rumah jiran untuk sementara sebelum pulang pada jam 7 pagi selepas air surut.

“Ini kejadian kelima dan sekiranya hujan lebih kerap, tidak mustahil ia akan berulang lagi memandangk­an sudah masuk musim tengkujuh,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, seramai 33 penduduk membabitka­n enam keluarga terjejas selepas rumah mereka dinaiki air.

Seorang lagi mangsa, Kamarulzam­an Abd Hamid, 38, berkata, dia akan berjaga-jaga setiap kali hujan berterusan kerana bimbang air naik mendadak disebabkan anak sungai yang cetek.

Katanya, ketika kejadian itu berlaku, dia sempat menyimpan barang penting sebelum membawa keluargany­a menumpang ke rumah jiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superinten­dan Mohd Taufik Maidin berkata, paras dua sungai utama di Gua Musang iaitu Sungai Galas dan Sungai Ketil naik selepas hujan lebat pada tengah malam.

 ??  ?? KEADAAN banjir kilat di Kampung Tanah Puteh.
KEADAAN banjir kilat di Kampung Tanah Puteh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia