Harian Metro

Lebih interaktif

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

 Ekspo Negaraku 2017 selama sebulan sarat kesan visual khas tentang kemajuan negara

Peluang merasai pengalaman sebagai pemandu bas, jurupandu kereta api dan juruterban­g menerusi kaedah simulator antara aktiviti yang bakal disajikan kepada pengunjung pada Ekspo Negaraku 2017, sekali gus memberikan maklumat lebih meluas kepada orang ramai berkaitan teknologi masa kini.

Malah, menerusi penggunaan kaedah penyampaia­n maklumat secara interaktif, orang ramai juga boleh melihat kesan visual yang terdapat di hampir keseluruha­n ruang pameran dengan hanya melalui sentuhan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, ekspo berkenaan yang kali pertama diadakan di negara ini diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan matlamat supaya maklumat berkaitan kemajuan teknologi di negara ini dapat disampaika­n kepada orang ramai secara lebih berkesan.

“Hampir keseluruha­n tapak ekspo menggunaka­n kaedah interaktif iaitu pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman baru dan jika mahu mendapatka­n maklumat lebih lanjut, mereka boleh menggerakk­an tangan saja.

“Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat secara lebih dekat bilik operasi dan kawalan udara seperti yang terdapat di lapangan terbang, selain terdapat beberapa ruang pameran lain yang juga menggunaka­n kaedah interaktif dalam penyampaia­n maklumat,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak Ekspo Negaraku 2017 di sini, semalam.

Ekspo Negaraku

2017 yang akan dibuka kepada pengunjung selama sebulan bermula hari ini dirasmikan oleh Perdana Menteri.

 ??  ??
 ??  ?? PERSIAPAN giat dijalankan bersempena Ekspo Negaraku 2017 yang bermula hari ini hingga 15 Disember depan.
PERSIAPAN giat dijalankan bersempena Ekspo Negaraku 2017 yang bermula hari ini hingga 15 Disember depan.
 ?? Abdul Rahman ?? Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat secara lebih dekat bilik operasi dan kawalan udara”
Abdul Rahman Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat secara lebih dekat bilik operasi dan kawalan udara”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia