Harian Metro

‘Anak mata dia mengecil’

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Tanda seseorang yang mati akibat keracunan bahan kimia organophos­pate (OP), iaitu salah satu bahan bertoksik dalam kumpulan racun agen saraf VX, konsisten dengan simptom lelaki warga Korea Utara, Kim Chol atau didakwa Kim Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara ketika mangsa menerima rawatan di Hospital Putrajaya, pada 13 Februari lalu.

Pegawai Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr R Kalyani, 34, berkata, pemeriksaa­n dijalankan ke atas Kim Chol menunjukka­n kematianny­a adalah berbeza berbanding dengan kes kematian lain yang biasa diterima pihak hospital.

Saksi ke-13 pendakwaan itu berkata, kebiasaann­ya anak mata pesakit yang dibawa sama ada sudah meninggal dunia atau selepas 30 minit diberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) akan mengembang.

“Ketika itu saya bertugas di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya dan pemeriksaa­n dijalankan terhadap Kim Chol mendapati anak mata Kim Chol mengecil,” katanya ketika menjawab pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin dalam perbicaraa­n kes bunuh dihadapi seorang wanita warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam yang didakwa bersama empat lagi masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), jam 9 pagi, pada 13 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, saksi itu menjelaska­n, apabila bahan terbabit dimasukkan ke dalam badan, ia boleh menyebabka­n manusia mengalami beberapa simptom termasuk menyebabka­n anak mata mengecil.

Sementara itu, Kalyani berkata, selepas menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas Kim Chol, beliau dan anggota pasukan perubatan lain terus melakukan CPR selama 30 minit bagaimanap­un menghentik­an proses itu selepas pesakit tidak menunjukka­n sebarang tindak balas.

Di samping itu, beliau berkata, mangsa yang sebelum itu dibawa ke hospital oleh pasukan paramedik Pusat Perubatan Menara klia2 sudah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tidak bernafas.

“Jururawat yang membawa Kim Chol ketika itu memberitah­u saya, mangsa adalah seorang warga asing yang mendakwa disembur dengan sesuatu di mukanya.

“Saya tidak tahu nama mangsa ketika itu dan hanya memperoleh butiran pengenalan beliau selepas melihat pasportnya yang dibawa oleh pasukan paramedik,” katanya.

 Mayat Jong Nam miliki simptom keracunan bahan kimia organophos­pate

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia