Harian Metro

Tidak bernyawa ketika tiba di PPUM

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini, semalam diberitahu bahawa Syed Alman Zain Syed Alwi, menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah tiada degupan jantung ketika tiba di Zon Kritikal, Bahagian Kecemasan dan Trauma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pegawai Perubatan di PPUM, Dr Lailajan Mohamed Kasim berkata, prosedur bantuan pernafasan resusitasi kardiopulm­onari (CPR) tidak akan diberikan sekiranya masih ada degupan jantung ketika pesakit tiba di bahagian kecemasan pusat perubatan itu.

Dr Lailajan berkata dalam kes Syed Alman Zain pula, beliau tiba di zon kritikal itu dengan tiada respons nyata dan tiada degupan jantung.

“Kebiasaann­ya setiap pesakit yang tiba di bahagian kecemasan akan diperiksa oleh Pembantu Perubatan (MA) untuk memeriksa nadi pesakit yang tidak memberi respons dan sekiranya tiada degupan nadi, prosedur CPR akan dijalankan serta merta.

“Ketika si mati tiba di PPUM, prosedur CPR masih diteruskan dengan dibantu oleh dua orang doktor. Saya telah melakukan pemeriksaa­n terhadap pesakit, saya dapati pesakit tiada pernafasan spontan, tiada denyutan nadi dan tiada degupan jantung,” katanya ketika pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar pada perbicaraa­n kes doktor sakit puan yang didakwa berhubung kematian Syed Alman Zain ketika menerima rawatan pergigian, tahun lalu.

Ketika ditanya sekiranya beliau tahu si mati mempunyai alahan terhadap ubat, Dr Lailajan yang juga saksi ke-19 dalam perbicaraa­n itu berkata, “tidak tahu.”

Sementara itu, sahabat Syed Alman Zain, Datuk Faizal Azhar Abdul Rashid berkata seminggu sebelum hari kejadian, rakannya itu mengadu sakit gigi dan memutuskan untuk mendapatka­n rawatan di Klinik Pakar Pergigian Imperial yang terletak hanya 10 meter dari pejabat mereka di Jalan Telawi, Bangsar, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia