Harian Metro

Dahlah hidup susah rumah pula dilanda banjir

-

Georgetown: Sudahlah hidup dalam serba kekurangan, tujuh sekeluarga termasuk dua orang kurang upaya (OKU) mental terpaksa tidur berhimpit selepas bahagian bawah rumah sewa yang dihuni sejak 10 tahun lalu di Jalan Makam Sheikh Omar, Kampung Melayu, Air Itam di sini, musnah akibat banjir besar melanda negeri ini, pada 4 November lalu.

Rumah sewa diduduki Rosni Mohamed Pakiry, 57, kini sama sekali tidak sesuai dijadikan tempat tinggal kerana bahagian bawah rumah musnah manakala lantai pula berlubang dan semakin mereput selain sudah lebih lima tahun tidak mempunyai bekalan elektrik.

Rosni yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n berkata, dia tiada pilihan selain terus tinggal di rumah itu dengan sewa RM100 sebulan apabila kayu pada rumah berkenaan mulai reput berikutan tidak mampu membayar deposit rumah sewa baru.

Katanya, walaupun beroleh pendapatan RM30 sehari, kesihatann­ya tidak menentu selepas kemalangan jalan raya beberapa bulan lalu menyebabka­n kakinya membengkak sekiranya kerap berjalan.

Ibu tunggal berkenaan ditinggalk­an suami sejak 10 tahun lalu dan dia kini tinggal bersama empat daripada enam anaknya iaitu Juliana Abu Bakar, 31, Lili Suriani (OKU), 29, Halilah (OKU), 28, dan Mohd Yasin, 20 serta dua anak Juliana iaitu Mohd Azrul Ashraf, 10 dan Mohd Azril Ashraf, lima tahun manakala dua lagi anaknya, Rostini, 39, sudah bekeluarga dan Surianti, 26, pula kini bekerja di Jasin, Melaka.

“Pernah beberapa hari kami terputus bekalan makanan berikutan tiada wang dan kami sekeluarga hanya mengalas perut dengan roti selain ihsan jiran yang kerap membantu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ketua Bahagian Pembanguna­n, Kebajikan dan Sosial PUZ Pulau Pinang Muhamad Shahril Mohd Nasir berkata, PUZ Pulau Pinang bersama PUZ Selangor sudah melawat keluarga berkenaan minggu lalu dan mendapati mereka tidak pernah mendapat bantuan zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mereka yang ingin membantu boleh menyalurka­n bantuan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional milik Rosni Mohamed Pakiry di nombor akaun 07100-29-82693377-6.

 ??  ?? MUHAMAD Shahril (dua dari kiri) berbual dengan Rosni (tiga dari kiri) bersama empat anaknya ketika melawat keluarga berkenaan.
MUHAMAD Shahril (dua dari kiri) berbual dengan Rosni (tiga dari kiri) bersama empat anaknya ketika melawat keluarga berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia