Harian Metro

Jom tarung!

- Nabihah.kamal@hmetro.com.my

 MTBKC terus lakar nama dalam muay thai

Tiga tahun lalu, latihan hanya di belakang rumah dengan pelatih beberapa orang saja namun kini Muay Thai Bukit Kapar Combat (MTBKC) semakin berkembang.

Kini MTBKC mempunyai 70 pelatih, gelanggang latihan yang lebih selesa dan menyertai banyak pertanding­an termasuk di Thailand dengan beberapa kemenangan.

Penaungnya, Faizal Ramlan, 43, berkata, latihan muay thai diberikan secara percuma kepada ahlinya yang bukan saja remaja malah kanak-kanak lelaki dan perempuan seawal usia sembilan tahun.

Katanya, tunjuk ajar serta latihan diketuai Zaki Mohd Khairi, 46.

“Bukan saja lelaki yang menjadi ahli MTBKC, remaja dan kanak-kanak perempuan turut menyertai latihan ini.

“Mereka gigih berlatih tiga hari seminggu bermula dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam,” katanya.

Menurutnya, pelatih perempuan MTBKC yang berusia sembilan tahun iaitu Nur Anees Farhana Mohd Masindera berjaya meraih empat pingat emas dalam kejohanan muay thai di negara ini.

“Latihan lasak diberi tidak kira lelaki atau perempuan supaya mereka sentiasa bersedia dalam menentang dan menangkis serangan lawan ketika pertanding­an.

“Mereka dilatih dari segi mental dan fizikal selama enam bulan sebelum menyertai pertanding­an,” katanya.

Faizal berkata, dalam tempoh enam bulan semua teknik akan diberi penekanan selain mendidik mereka supaya lebih berdisipli­n.

“Mereka akan berlari secara berkumpula­n sejauh lima hingga tujuh kilometer dalam seminggu untuk latihan kecergasan.

“Selain itu, latihan diberikan di dalam gelanggang sama seperti perlawanan yang sebenar,” katanya.

Faizal berkata, melalui aktiviti ini ia dapat mengelakka­n remaja serta kanak-kanak di kampung itu terjebak dengan gejala sosial.

“Dengan adanya pengisian seperti ini, remaja di kampung ini dapat mengisi masa terluang dengan belajar ilmu pertahanan diri.

“Selain itu semangat kekeluarga­an juga diterapkan kerana apabila ada latihan atau pertanding­an, ibu bapa pelatih dan ahli keluarga akan bersama-sama turun padang membawa makanan dan minuman sebelum bersama-sama makan atau berehat, sekali gus mengeratka­n lagi silaturahi­m antara satu sama lain,” katanya.

 ??  ?? CAPTION
PELATIH Muay Thai Bukit Kapar Combat berlatih tiga
hari seminggu sebagai persiapan pertanding­an.
CAPTION PELATIH Muay Thai Bukit Kapar Combat berlatih tiga hari seminggu sebagai persiapan pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia