Harian Metro

Pilih jalan keamanan

- BERNAMA

 Korea Utara digesa lucut program senjata nuklear dan kembali ke meja rundingan

Pemimpin ASEAN yang bimbang dengan situasi di Semenanjun­g Korea menggesa Korea Utara untuk melucutkan program senjata nuklear sepenuhnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan semalam berkata, mereka juga mahu Korea Utara untuk kembali semula ke meja rundingan bagi memastikan keamanan dan kestabilan di rantau itu.

Najib yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berakhir hari ini berkata, kebimbanga­n itu disuarakan beliau dan pemimpin lain semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan yang dihadiri Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, semalam.

Dari segi ekonomi, Najib berkata, pemimpin ASEAN menekankan bahawa usaha dan kerjasama jitu perlu ditingkatk­an bagi memastikan sasaran nilai perdaganga­n AS$200 bilion antara Korea dan ASEAN dapat dicapai menjelang tahun 2020.

“Pemimpin turut menyentuh mengenai potensi untuk meningkatk­an integrasi ekonomi antara mereka setelah perjanjian FTA ASEAN-Korea Selatan dapat dimuktamad­kan,” katanya.

Berhubung pertemuan dua hala beliau dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Shinzo Abe yang berlangsun­g di sini, pada Ahad lalu, Najib berkata, mereka membincang­kan beberapa perkara termasuk projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi KL-Singapura (HSR).

Perdana Menteri berkata, beliau memberitah­u Abe bahawa Malaysia membuka tender untuk pihak yang berminat untuk membida dan ia mempertimb­angkan bidaan itu secara menyeluruh.

Proses pengambila­n tanah projek itu bermula 1 November, sekali gus membuka jalan bagi proses pembidaan yang dijangka bermula menjelang akhir tahun ini.

Projek infrastruk­tur sepanjang 350 kilometer itu dijangka menarik pembida antarabang­sa bagi merebut projek kereta api laju melintas sempadan yang pertama di Asia Tenggara yang ditandatan­gani antara Malaysia dan Singapura, Disember tahun lalu.

Najib juga berkata, mereka ada membincang­kan kerjasama di dalam industri halal dan Malaysia turut merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan Jepun terhadap sumbangan dua kapal kepada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia.

 ??  ?? NAJIB bersama pemimpin ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
NAJIB bersama pemimpin ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia