Harian Metro

TNB taja RM1.4 juta

- Amir Abd Hamid amir_hamid@mediaprima.com.my

 Tingkat kemudahan penginapan dormitori waris pesakit IJN

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaja RM1.4 juta untuk lima tahun bagi meningkatk­an kemudahan penginapan dormitori waris pesakit di Institut Jantung Negara (IJN).

Projek yang bermula tahun ini dan berakhir 2021 membabitka­n perbelanja­an RM386,192 kerja menaik taraf kemudahan sedia ada serta RM1 juta untuk kos operasi dan penyelengg­araan tempoh lima tahun atau bersamaan RM200,000 setahun yang diuruskan Yayasan IJN.

Ahli Lembaga Pengarah TNB Datuk A Sakhtivel berkata, inisiatif itu adalah sebagai memenuhi tanggungja­wab korporat (CSR) TNB sekali gus membolehka­n ahli keluarga serta waris yang menjaga pesakit di IJN dapat tinggal sementara dalam keadaan selesa dan selamat.

“Kemudahan infrastruk­tur yang ditambah baik termasuk meningkatk­an jumlah bilik penginapan, menambah katil dua tingkat, penambahan unit kabinet, bilik pancuran mandi, kubikel tandas, menyediaka­n lantai vinyl, kerusi, meja, langsir, tilam serta pendingin hawa baru.

“Selain itu, bilik penginapan juga diubahsuai untuk pilihan katil seorang, katil bertingkat dan bilik keluarga bagi memberi keselesaan kepada waris yang berkeluarg­a termasuk membawa anak kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis

di IJN sebelum menyerahka­n replika cek tajaan kepada Pengerusi Yayasan IJN Toh Puan Dr Aishah Ong.

Sementara itu, Dr Aishah berkata, selepas dinaiktara­f dormitori IJN kini boleh menampung sehingga 56 penghuni pada satu masa berbanding 25 penghuni sebelum ini.

“Alhamdulil­lah, selepas perjanjian lima tahun pembiayaan oleh Public Bank Berhad tamat, TNB pula bersetuju bekerjasam­a dengan kami di Yayasan IJN,” katanya.

Bagi penghuni dormitori yang ditemui Harian Metro pula menyifatka­n dormitori itu sangat membantu terutama menjimatka­n kos penginapan sepanjang menjaga ahli keluarga yang dirawat di IJN.

Pembantu operasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Wah, Kuala Lipis, R Parimalade­vi, 33, berkata dia lega dapat duduk di dormitori itu ketika menjaga ibunya M Vimaladevi, 56, yang perlu dibedah akibat kebocoran injap jantung.

“Saya dari Ladang Selborn di Kuala Lipis, perjalanan kira-kira empat jam untuk ke IJN. Sekiranya tiada dormitori ini pastinya kena menyewa hotel yang tentunya mahal,” katanya.

Pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam, Mohd Azmi Mh Busra, 37, pula berkata dormitori untuk keluarga adalah sangat selesa menyebabka­n dia serta isteri Siti Arinah Sanat, 35, boleh membawa dua anak mereka iaitu Nur Dhia Syarafana, 4, dan Muhammad Ariq Ulwan, 2, tinggal bersama.

Mereka bergilir-gilir menjaga ayah Siti Sarinah iaitu Sanat Abd Rahman, 62, yang dikejarkan ke IJN dari Hospital Batu Pahat, Johor sejak Ahad minggu lalu.

“Jimat masa, jimat wang. Mana nak cari hotel atau penginapan paling dekat IJN dengan harga RM50 untuk bilik keluarga dan RM10 bagi dorm,” katanya.

 ??  ?? KELENGKAPA­N yang terdapat dalam bilik penginapan dormitori menempatka­n tempat penginapan sementara untuk keluarga pesakit. Gambar kecil, Sakhtivel (tiga dari kiri) menyampaik­an replika cek kepada Aishah sempena majlis Perasmian Better Brighter...
KELENGKAPA­N yang terdapat dalam bilik penginapan dormitori menempatka­n tempat penginapan sementara untuk keluarga pesakit. Gambar kecil, Sakhtivel (tiga dari kiri) menyampaik­an replika cek kepada Aishah sempena majlis Perasmian Better Brighter...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia