Harian Metro

Pastikan suci, bersih dalam beribadat

-

Setiap orang suka dan cintakan kebersihan sama ada untuk dirinya atau perkara yang mempunyai hubungan dengan dirinya termasuk kediaman, tempat kerja, pakaian dan makanan.

Dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu separuh daripada iman.” (Riwayat Muslim)

Namun, ada satu lagi tingkatan lebih tinggi daripada bersih iaitu suci. Bersih boleh dikatakan milik semua manusia kerana mereka memang sukakan kebersihan.

Suci pula adalah perkara agama di mana perkara itu turut dibahaskan agama Islam.

Kadang-kadang kita lihat sesuatu perkara itu bersih tetapi ia sebenarnya tidak suci. Contohnya, kanak-kanak yang masih belum pandai menjaga dan mengendali­kan air kencing mereka.

Pakaian itu pada zahirnya dilihat bersih malah boleh disembur dengan minyak wangi bagi mengharumk­annya namun itu belum tentu lagi suci.

Suci sebenarnya bukan berkaitan dengan diri kita semata-mata, tetapi mempunyai kesan terhadap ibadat dan hubungan kita dengan Allah SWT.

Bayangkan, selama ini atau puluhan tahun kita beribadat dengan memakai atau menyarung pakaian bernajis.

Barangkali kita merasakan sudah melakukan solat dengan cukup sempurna. Bagaimanap­un, solat itu sebenarnya tidak sah kerana pakaian tidak suci daripada kotoran dan najis.

Terdapat satu kisah berlaku ke atas seorang ahli ibadat yang kurang ilmu di mana pada satu hari dia melihat seekor tupai mati dan tupai itu sangat cantik.

Lalu dia pun ambil tupai itu dan dibersihka­n anggota dalamannya dan dijadikan serban. Dia memakai serban berbulu itu selama bertahun-tahun lamanya untuk beribadat.

Memang bersih, namun barang itu tidak suci kerana apa yang ditanggung­nya adalah najis.

Walau bagaimanap­un, jika kita tergolong dalam kalangan mereka yang selama ini melakukan kesalahan dalam beribadat, semoga kejahilan yang kita lakukan itu diampunkan.

Allah SWT juga mengajarka­n kita satu doa: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Justeru, setiap orang Islam yang hendak menjaga agamanya perlu berusaha sebaiknya untuk menjaga diri daripada najis supaya ia tidak menjejaska­n ibadat kita.

 ??  ?? ALLAH menciptaka­n air yang suci dan bersih untuk kegunaan semua makhluk di bumi ini dalam kehidupan seharian.
ALLAH menciptaka­n air yang suci dan bersih untuk kegunaan semua makhluk di bumi ini dalam kehidupan seharian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia