Harian Metro

Komited dengan kerjaya nyanyian

- DARI MUKA R27

“Isu ini sebenarnya tidak perlu diperbesar­kan. Saya sekadar meluahkan perasaan kecewa termasuk ingin tahu kriteria pemilihan sesuatu lagu itu untuk melayakkan­nya bertanding di AJL.

“Sebagai penyanyi, saya hanya ingin tahu adakah lagu tidak layak disebabkan melodi tidak kuat atau penulisan lirik yang lemah. Jika betul, saya boleh perbaiki kelemahan itu pada masa akan datang,” katanya.

Ayda berkata, dia tidak berniat mempertika­ikan keputusan juri, cuma inginkan penjelasan.

Dia juga akur semua 12 lagu yang dipilih untuk berentap di AJL itu adalah karya muzik terbaik.

Ayda berkata, dia sangat komited dengan kerjaya nyanyianny­a termasuk gigih memperbaik­i setiap kelemahan dalam karya muziknya.

Sementara itu, ketua juri, Datuk Mokhzani Ismail ketika dihubungi berkata, Mata tidak dipilih kerana melodi dan hala tuju lagu ciptaan Audi Mok, Shazee Ishak dan Ayda itu tidak begitu kuat.

“Saya bersama lima lagi juri profesiona­l lain mencapai kata sepakat tidak memilih lagu itu kerana kekuatan melodi yang belum layak untuk dipertandi­ngkan di AJL.

“Kami tidak menganggap

Mata tak bagus, cuma kekuatan melodinya saja tidak kuat seperti 12 lagu yang dipilih daripada pelbagai genre muzik,” katanya.

Mokhzani berkata, penilaian dibuat merangkumi 40 peratus melodi, 20 peratus lirik, 20 peratus penerimaan khalayak dan pendengar manakala 20 peratus lagi menerusi persembaha­n.

Ditanya apakah genre muzik baru seperti EDM yang diketengah­kan Ayda masih memerlukan masa untuk diterima industri muzik tempatan, Mokhzani menolak dakwaan itu.

“Saya tahu lagu itu popular dalam kalangan peminat Ayda dan pendengar muzik tanah air. Bagaimanap­un, ia masih tidak kuat untuk dipertandi­ngkan di AJL.

“Kemunculam genre muzik EDM juga pada saya satu perkembang­an baru dalam industri muzik tanah air dan ia diterima baik peminat,” katanya.

Mokhzani berkata, sesuatu lagu itu layak bertanding di pentas AJL berdasarka­n kekuatan melodi lagu termasuk hala tujunya.

Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 32 Nurul Huda Khalid berkata, semua keputusan pemilihan lagu yang layak ke AJL32 dibuat 100 peratus juri profesiona­l yang diketuai Mokhzani.

“Tidak ada campur tangan langsung daripada kami di bahagian penerbitan.

“Ia 100 peratus telus daripada juri profesiona­l dan turut diaudit juruaudit dalaman TV3,” katanya.

Nurul Huda berkata, dia dan pihak produksi hanya mengendali­kan penerbitan program dan urusan persembaha­n. -Norhayati

Nordin

 ??  ??
 ??  ?? Sebagai penyanyi, saya hanya ingin tahu adakah lagu tidak layak disebabkan melodi tidak kuat atau penulisan lirik yang lemah
Sebagai penyanyi, saya hanya ingin tahu adakah lagu tidak layak disebabkan melodi tidak kuat atau penulisan lirik yang lemah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia