Harian Metro

Dimensi baru dalam lakonan

- DARI MUKA R27

Farid yakin

filem Kau Pinjamkan Hatiku cecah kutipan ‘box office’

Mengenai gandingan dengan Sam pula, kata Farid, dia memang suka bekerja dengan pelakon berbakat besar dan ‘versatile’ seperti Sam dalam filem genre sedemikian.

“Saya bangga dapat berganding dengan Sam kerana dia menjadikan cerita ini lebih menarik.

“Ayda pula bintang baru sebagai heroin yang memiliki pakej lengkap dalam bidang lakonan. Bekerja dengan Ayda juga beri dimensi baru kepada saya sebagai pelakon dan tertarik dengan wataknya,” katanya.

Farid berkata, keserasian gandingan mereka bertiga juga dicetuskan pengarah sendiri.

“Kami juga mengikuti kelas lakonan dengan Ogy Ahmad Daud selama tiga minggu untuk menterjema­hkan watak masingmasi­ng dengan baik sekali,” katanya.

Bercerita pengalaman­nya di lokasi, Farid berkata, dia menimba pengalaman berharga ketika penggambar­an filem itu lebih dua minggu di New Zealand sebelum ini.

“Apa yang mencabar, kami terpaksa berdialog dalam cuaca sejuk dan bersalji. Kami juga sukar bernafas dalam cuaca begitu.

“Mujur pihak produksi mengambil berat kesukaran yang kami lalui untuk berdialog ketika itu dan menyediaka­n teh O panas untuk kami menyiapkan babak di sana,” katanya.

Dari segi kutipan, Farid juga yakin filem itu akan mencecah kutipan ‘box office’ apabila ditayangka­n nanti.

“Filem genre cinta dan romantik sentiasa menjadi pilihan penonton tempatan. Kau Pinjamkan Hatiku bukan saja filem cinta tetapi mengangkat tema pengorbana­n dan mampu menarik penonton baru ke pawagam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia