Harian Metro

Impian besar Khairul

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Lulusan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Khairul Daniel, 25, aktif mencipta lagu untuk penyanyi tempatan seperti Isma AF dan Arja

Lee sehingga mereka turut memberi galakan kepadanya menjadi penyanyi.

Khairul berkata, ia juga boleh dijadikan batu loncatan untuk memperkena­lkannya dalam industri muzik sekali gus boleh seiring kerjaya nyanyian dan komposer.

“Saya terima cadangan mereka dan berjaya merakam single pertama pada 2015 berjudul Menduakan Cintamu dan

Selepas jadi

penyanyi, Khairul harap lagu ciptaan dinyanyika­n Siti Nurhaliza

terbaru, Dairi Hatiku. Kedua-dua lagu dan lirik adalah ciptaan saya.

“Walaupun belum tahu sejauh mana peminat menyukai lagu itu dan menerima saya, tidak salah untuk mencuba kerana selain menerima cabaran daripada rakan artis, dunia hiburan tanah air menyediaka­n peluang untuk semua orang,” katanya.

Khairul juga tidak mahu membazirka­n kursus pengajian yang diikutinya dulu dalam jurusan muzik. Dia juga boleh bermain pelbagai alat muzik seperti piano, gitar dan dram.

“Saya juga mainkan semua alat muzik sendiri, dirakamkan dan kemudian gabungkan semula. Saya puas melakukan semuanya sendiri,” katanya.

Anak muda ini juga mempunyai satu impian besar iaitu mahu Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyika­n lagunya.

“Sudah dua kali saya menghantar lagu kepada beliau tetapi belum berhasil. Saya akan terus mencuba sehingga berjaya.

“Saya juga berbincang dengan syarikat rakaman FMC untuk mencipta lagu Tajul. Demo lagu yang berjudul Ikhlas Mencinta sudah dihantar kepada mereka. Harap segalanya berjalan lancar dan lagu itu bakal menjadi siulan ramai,” katanya.

Selain aktif dalam bidang seni, Khairul juga mempunyai kerjaya tetap di Universiti Putra Malaysia (UPM).

 ??  ?? Sudah dua kali saya menghantar
lagu kepada beliau tetapi belum berhasil. Saya akan terus
mencuba sehingga berjaya
Sudah dua kali saya menghantar lagu kepada beliau tetapi belum berhasil. Saya akan terus mencuba sehingga berjaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia