Harian Metro

Haqiem tepis kritikan netizen

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Akui mulanya tertekan, temui doktor untuk atasi masalah

jerawat

Penyanyi remaja popular, Haqiem Rusli menepis dakwaan dia mengabaika­n aspek penampilan apabila wajahnya berjerawat seperti diperkatak­an netizen di laman sosial, baru-baru ini.

Menurut Haqiem, 19, yang popular dengan lagu Tergantung Sepi, pada peringkat awal dia memang berasa sedikit tertekan dengan kritikan netizen itu.

“Saya dapat tahu mengenai kritikan itu selepas membuat persembaha­n pada minggu kedua separuh akhir Muzik-Muzik ke-32 sebelum ini.

“Saya tertekan apabila mereka mendakwa saya tidak mampu membeli ubat jerawat tetapi mampu beli kereta pula.

“Namun, lama-kelamaan saya sudah okey dan tidak mahu cepat melatah dengan kritikan netizen itu,” katanya.

Ditanya mengenai masalah jerawatnya itu, kata Haqiem, dia juga sudah berjumpa doktor untuk mengatasi masalah itu.

“Doktor juga memberitah­u masalah jerawat di wajah saya ini kerana perubahan hormon dan ia adalah perkara biasa untuk remaja seusia,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini, Haqiem juga mengakui dia baru saja membeli kereta idamannya iaitu Mitsubishi Lancer secara tunai yang juga kereta idamannya sejak dulu.

Menurutnya, kereta itu dibeli hasil wang simpananny­a sejak berkecimpu­ng dalam bidang nyanyian hampir dua tahun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia