Harian Metro

Usahawan Sosial dari Malaysia terima RM60,000

-

Usahawan Sosial dari Malaysia iaitu pasukan JM Nutrition Consultanc­y terpilih sebagai pemenang program global, Usahawan Sosial Muda (YSE) Yayasan Antarabang­sa Singapura (SIF) dan menerima peruntukan S$20,000 (RM60,000).

Lima pasukan lain ialah Auctorem Solutions dari India, Bhumihara (Indonesia), Freedom Cups (Singapura), GigiCare (Indonesia) dan Lakshya Jeevan Jagriti (India).

Pengarah Eksekutif

SIF Jean Tan berkata, pasukan yang berjaya itu dipilih berdasarka­n impak, prestasi, kelestaria­n perusahaan sosial dan tahap komitmen yang ditunjukka­n ahli setiap pasukan.

Namun, katanya, semua 16 pasukan bertanding memberi saingan sengit dengan persembahk­an penyelesai­an inovatif untuk membangunk­an perniagaan yang mampan bagi memberi impak positif terhadap beberapa aspek persekitar­an, tenaga, pendidikan, barangan pengguna, pertanian dan penjagaan kesihatan.

“Kami mahu peserta menjadi ejen penggerak perubahan sosial yang positif antara Singapura dengan negara lain.

“YSE menjadi batu loncatan untuk membantu mereka (peserta) memulakan atau meningkatk­an perusahaan sosial, menjalin hubungan antarabang­sa dan merapatkan jurang perbezaan budaya bagi mewujudkan persekitar­an dunia yang lebih baik,”katanya.

Beliau berkata, dalam program berkenaan, semua peserta melalui bimbingan mentor selama lapan bulan, lawatan belajar di luar negara serta pembelajar­an dan pertukaran keusahawan­an sosial.

Sepanjang program, mereka diberikan bimbingan mentor oleh sukarelawa­n daripada McKinsey & Company dan Temasek Internatio­nal selain menerima pelbagai manfaat termasuk berhubung dengan usahawan sosial, ahli akademik serta pemimpin industri terkemuka bagi meluaskan perspektif dan memantapka­n kemahiran perniagaan mereka.

 ??  ?? ENAM pasukan program Usahawan Sosial Muda (YSE)
Yayasan Antarabang­sa Singapura (SIF) yang menerima
peruntukan berkenaan.
ENAM pasukan program Usahawan Sosial Muda (YSE) Yayasan Antarabang­sa Singapura (SIF) yang menerima peruntukan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia