Harian Metro

AZAM MAJUKAN MASYARAKAT SENDIRI

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Orang Asli kini tidak lagi boleh dianggap sebagai komuniti yang suka memencilka­n diri dan enggan menerima perubahan dalam kehidupan mereka.

Pendidikan antara aspek kemajuan Orang Asli apabila mereka semakin menyedari kepentinga­n itu, di samping memberanik­an diri bersekolah dan melanjutka­n pengajian di institut kemahiran sehingga ke menara gading.

Institut Kraf Negara (IKN) antara yang menjadi pilihan melanjutka­n pengajian dan terbaharu, empat Orang Asli dari Institusi Kemahiran

Tenun Pahang Diraja

Tengku Ampuan Besar Meriam (IKTPD), Pahang dianugerah­kan Sijil

Tenun Pahang pada Majlis Konvokesye­n IKN ke-16, baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, 114 graduan dianugerah­kan sijil dan diploma daripada enam jurusan seni kraf iaitu logam, batik, tenunan, rotan dan buloh, seramik serta kayu.

Majlis berlangsun­g di Kompleks Kraf

Kuala Lumpur dan penganuger­ahan sijil serta diploma disempurna­kan oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Rashidi Hasbullah.

Graduan, Noor Seshida Hamid,21, berkata, dia gembira kerana cabaran selama dua tahun untuk menamatkan pengajian akhirnya tercapai, walaupun ia di peringkat sijil tetapi ia menjadi batu loncatan kepadanya untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

“Saya memilih bidang ini (Tenunan Pahang) kerana minat selain mahu mencuba sesuatu yang baharu. Mula-mula belajar memang susah dan hasil bimbingan pensyarah, saya boleh membuat tenunan Pahang,” katanya.

Katanya, dia kini bersama tiga rakan lain membuka bengkel tenunan bahan di kampung mereka di Kampung Orang Asli Pos Betau, Kuala Lipis Pahang yang baru beroperasi sebulan lalu.

Menurutnya, selain menerima tempahan, mereka juga mengajar anak Orang Asli lain di kampungnya untuk membuat tenunan Pahang.

Seorang lagi graduan, Naera Bahdu, 23, yang juga anak ketujuh daripada sembilan beradik berkata, dia seorang saja dalam keluarga yang melanjutka­n pengajian.

“Saya mahu membawa perubahan dalam keluarga dan masyarakat Orang

Asli supaya menyedari kepentinga­n pendidikan serta kemahiran,” katanya.

Graduan IKTPD mahu bawa perubahan dalam kalangan

Orang Asli

 ??  ?? RASHIDI
RASHIDI
 ??  ?? NAERA
NAERA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia