Harian Metro

Menyelam beramai-ramai sempurnaka­n upacara khatam keris

-

lautan sedalam paras pinggang hingga dada sejauh 300 meter serta berulang-alik tujuh kali cabaran yang perlu ditempuhi 54 pesilat bagi menyempurn­akan upacara khatam keris di Tanjung Biru, Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Selain itu, pesilat juga perlu menyelam tujuh kali secara beramairam­ai sambil pergerakan mereka diawasi oleh dua guru silat, Ahmad Putih dan Mohd Sani Murni.

Ujian terakhir itu kemuncak kepada upacara khatam keris yang dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) cawangan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Ia lanjutan daripada kursus seni keris yang berlangsun­g di Gelanggang Tok Jenai, Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur sebelum ini.

Menurut Yang Dipertua Lembaga Adat Istiadat PSSGM Mohd Anuar

Abdul Hamid, majlis itu lazimnya dianjurkan lima tahun sekali, bergantung pada jumlah penyertaan.

“Upacara khatam keris ini simbol pengiktira­fan kepada peserta yang lulus dalam permainan seni keris. Malah, mereka ini diangkat sebagai pewaris Silat Gayong yang akan meneruskan legasi silat ini.

“Ujian ini tidak mempunyai unsur khurafat dan tiada sebarang ritual tertentu sebaliknya lebih menekankan kepada kekuatan fizikal serta mental peserta.

“Walaupun nampak mudah, ia sebenarnya sukar kerana peserta terpaksa meredah lautan yang berombak,” katanya.

 ??  ?? UPACARA meredah laut sejauh 300 meter kemuncak majlis khatam keris.
UPACARA meredah laut sejauh 300 meter kemuncak majlis khatam keris.
 ??  ?? NOR Seshida bersama hasil krafnya iaitu hiasan dinding
yang dipamerkan di Majlis Konvokesye­n IKN ke-16, barubaru ini.
NOR Seshida bersama hasil krafnya iaitu hiasan dinding yang dipamerkan di Majlis Konvokesye­n IKN ke-16, barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia