Harian Metro

KARYA REALISTIK KOHEI

-

Lebih 200 jam diperuntuk­kan untuk setiap lukisan sehingga mampu ‘menipu’ ramai orang

proses dan karya separuh siap yang membuatkan ramai penggemar seni teruja kerana setiap hasil sentuhanny­a begitu realistik dan halus.

Penggunaan pensel untuk menghasilk­an lukisan hitam putih realistik bukanlah perkara baru dan ramai artis berbakat mampu menghasilk­annya.

Namun, sentuhan Kohei membuatram­aitergamam kerana dia berjaya membawa lukisan realistik pensel ke satu tahap berbeza.

Dilukis dengan penuh ketelitian dan tumpuan yang tinggi, setiap karya Kohei mengambil masa ratusan jam.

Dilengkapi pensel Mitsubishi yang diasah sangat tajam dengan mata yang halus, Kohei begitu komited dan mengambil kira setiap sudut serta perincian dalam karyanya.

Lebih 200 jam diperuntuk­kan untuk setiap karya dan artis muda dari Okayama ini bijak menterjema­hkan garis halus dan bayang di atas kertas.

Kawalantan­ganyang baik juga membantu bagi memastikan setiap garisan mampu dizahirkan tanpa sebarang cela khususnya bagi garisan lapisan atas yang sukar dipadam.

Selain karya lukisan skru dan bolt, hasil seni

Kohei yang istimewa adalah potret model British Sophia Blackbroug­h.

Menariknya, potret berkenaan bukan saja memperliha­tkan figura Sophia dengan teliti tapi juraian air di muka dan aksesori dipakainya meyakinkan ramai ia adalah foto.

Bagi karya skru dan bolt, walaupun ia kelihatan seperti subjek ringkas atau mudah dilukis tapi kekemasan serta ketelitian yang ditampilka­n membuatkan­ramaiperca­ya ia adalah skru dan bolt sebenar.

Kohei mengambil kira setiap lekuk kecil dan kesan bersinar pada permukaan logam itu dengan rapi.

Karya model kereta dengan kemasan krom bersinar turut mencuri perhatian kerana pancaran cahaya pada krom dihasilkan dengan baik walaupun hanya menggunaka­n pensel dan kertas.

Potret artis terkemuka Amerika Syarikat, Scarlett Johansson juga antara yang membuat ramai terpegun.

Kohei bukan saja menampilka­n wajah yang realistik tapi garisan kemas dan bersih terutama pada bahagian mata, bibir dan rambut ternyata membuat ramai keliru antara foto dan lukisan.

 ??  ?? KOHEI ambil masa
200 jam untuk hasilkan karya realistik
menggunaka­n pensel.
KOHEI ambil masa 200 jam untuk hasilkan karya realistik menggunaka­n pensel.
 ??  ?? HASIL lukisan halus dan teliti artis muda dari Jepun ini membuatkan ramai menyangka skru dan bolt ini adalah foto.
HASIL lukisan halus dan teliti artis muda dari Jepun ini membuatkan ramai menyangka skru dan bolt ini adalah foto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia