Harian Metro

KENALI BUDAYA SETIAP ETNIK

-

legar Kompleks Perdana Siswi Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

Pameran itu diadakan selama lapan hari bertujuan memberi pendedahan kepada pengunjung untuk melihat lebih dekat lagi elemen budaya dalama masyarakat di negara ini.

Pengarah Program Leelhani Yuneska Abd Karim berkata, pelbagai barangan dipamerkan kepada pengunjung antaranya replika mahkota Maharani China, kipas Cina, ceongsam, tanjak hulubalang Melayu, dokoh, pahar, cucuk sanggul, kostum lengkap kuda kepang dan pakaian serta aksesori kaum Iban di Sarawak.

“Penganjura­n pameran ini adalah langkah permulaan untuk mendidik dan mendekatka­n pengunjung khasnya golongan muda terhadap budaya tempatan.

“Bagi memberi gambaran sebenar kepada pengunjung, kita bukan saja mempamerka­n barangan berkaitan tetapi mengetenga­hkan elemen interaktif contohnya menerusi demonstras­i membuat kolam yang menjadi tradisi etnik India semasa perayaan Deepavali.

“Turut diadakan adalah penerangan penggunaan dan cara pemakaian sari, di samping itu pengunjung berpeluang mengambil gambar kenangan,” katanya.

Penuntut Akademi Pengajian Islam, Abdullah Faiq Irfan Abdullah berkata, dia teruja kerana dapat menggayaka­n persalinan kaum Iban ketika pameran berkenaan selain mendapat maklumat mengenai kepentinga­n pakaian tradisi itu yang penuh dengan adat dan makna tersirat.

“Diharap pameran interaktif sebegini dapat diteruskan pada masa depan kerana banyak informasi berguna diperoleh menerusiny­a.

“Lagipun, negara kita mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya mereka perlu diketengah­kan menerusi program sebegini,” katanya.

Seorang lagi penuntut, Zairifa Mohamad Yusof, 20, berkata, pameran itu memberi peluang kepada golongan muda untuk mengetahui kepelbagai­an budaya dan melihat aspek itu dengan lebih dekat.

“Jarang sekali kita berpeluang mempelajar­i aspek kebudayaan dengan lebih dekat melainkan jika berkecimpu­ng dalam bidang kesenian.

“Namun, menerusi program ini, saya bukan saja dapat mempelajar­i perkara baru tetapi melihat lebih dekat aksesori dan pakaian yang diguna pakai dalam seni persembaha­n yang amat saya minati iaitu makyung ,” katanya.

 ??  ?? BARANGAN permainan kuda kepang antara
yang dipamerkan kepada pengunjung.
BARANGAN permainan kuda kepang antara yang dipamerkan kepada pengunjung.
 ??  ?? PENGUNJUNG menggayaka­n pakaian tradisi Iban
yang disediakan di tapak pameran.
PENGUNJUNG menggayaka­n pakaian tradisi Iban yang disediakan di tapak pameran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia