Harian Metro

BERBAKTI MENERUSI SAINS, MATEMATIK

-

Minat dalam kedua-dua bidang penting itu semakin meningkat dalam kalangan wanita generasi sekarang

DARI MUKA H57

Sebagai wanita, Dr Ho sendiri rasa terpanggil untuk menyumbang sesuatu berdasarka­n ilmu yang dimilikiny­a kepada masyarakat terutama dalam melawan kanser payudara.

Saintis muda ini mengakui, sejak kecil dia memang bercita-cita tinggi dan lucunya cita-cita itu sering berubah-ubah tetapi kerjaya sebagai saintis tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

Daripada mahu menjadi guru tadika, dia bertukar fikiran untuk bekerja sebagai guru kelas tambahan tetapi akhirnya Dr Ho jatuh cinta dengan matematik. Ho beruntung kerana ibu bapanya sering memberi galakan dengan mengatakan dia boleh jadi mengejar apa saja impiannya.

“Saya melanjutka­n pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang Matematik supaya boleh mengajar orang lain. Ketika itulah minat terhadap sains mula bercambah dan saya mendapati boleh menggunaka­n matematik dalam merungkaik­an pelbagai persoalan saintifik,” katanya.

Rekaannya itu membolehka­n saringan kanser payudara dioptimumk­an dan wanita yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi perlu menjalani saringan pada usia lebih muda dan kerap. Proses itu akan mengurangk­an risiko mendapat kanser payudara.

MANFAATKAN MEDIA SOSIAL

Penerima anugerah kedua, Dr Jasy pula diiktiraf atas usahanya membina sebuah sistem yang mengesan tanda kemurungan dengan menganalis­is corak emosi di media sosial.

Dalam dunia digital hari ini yang penggunaan media sosial sangat meluas, Dr Jasy percaya dan yakin tanda kemurungan boleh dikesan dengan cepat melalui saluran itu. Dalam penyelidik­annya, dia cuba melihat corak emosi yang dikaitkan dengan kemurungan melalui gaya penulisan mesej, tweet atau sebarang komen di media sosial yang biasanya mengandung­i petanda keadaan emosi seseorang.

Dia kemudian menggunaka­n pengesan emosi automatik bagi memantau keadaan emosi seseorang sebagai pencetus amaran dan mencadangk­an strategi bersesuaia­n untuk meredakan emosi apabila corak kemurungan dikenal pasti.

“Ketika bertungkus­lumus menghabisk­an pengajian di peringkat

PhD, saya mendapati ramai rakan yang menunjukka­n tanda kegelisaha­n dan kemurungan. Saya juga menemui ada laporan yang mengatakan satu dalam dua pelajar PhD mengalami tekanan psikologi dan ia menyedarka­n saya ia adalah perkara serius dan perlu diberikan pendedahan sewajarnya.

“Saya kini cuba menggunaka­n teknologi untuk mengesan emosi yang dipaparkan dalam penulisan mesej dan berharap dapat mencipta aplikasi yang sensitif emosi supaya ia dapat membantu memantau serta menghalang seseorang daripada terjerumus dalam perangkap kemurungan,” katanya.

Cinta Dr Jasy terhadap sains sebenarnya bermula sejak kecil, diinspiras­ikan oleh watak Doraemon, robot kucing berwarna biru yang berjaya menarik perhatian jutaan penonton di seluruh dunia. Minatnya dirangsang dek poket ajaib Doraemon yang boleh mengeluark­an pelbagai gajet hebat untuk menyelesai­kan pelbagai masalah.

Perasaan ingin tahu memuncak sehingga dia menyimpan misi untuk mencari penerangan sains di sebalik setiap gajet dan sering tertanya bagaimana alat berkenaan berfungsi. Apabila diperkenal­kan kepada sains komputer oleh kakaknya, dia begitu teruja dengan pelbagai perkara yang boleh dilakukan menggunaka­n ilmu baru itu dan berazam memanfaatk­an teknologi dalam menjadikan dunia ini lebih baik.

Wanita berusia 32 tahun ini berharap supaya teknologi yang peka dengan emosi ini dapat menggalakk­an diagnosis dan rawatan awal.

SUKA SAINS SEJAK KECIL

Bekerja dalam pengurusan sumber mapan, seorang lagi penerima anugerah, Dr Teh meraih anugerah itu atas usaha menggabung­kan sains, kejurutera­an, teknologi dan matematik untuk melindungi sumber perairan pantai di Malaysia.

Dr Teh mengakui sejak berada di sekolah menengah lagi dia memang sangat sukakan

 ??  ?? MAJLIS penyampaia­n anugerah L’OrÈal-UNESCO For Women
in Science Fellowship.
MAJLIS penyampaia­n anugerah L’OrÈal-UNESCO For Women in Science Fellowship.
 ??  ?? Saya mendapati boleh menggunaka­n matematik dalam merungkaik­an pelbagai persoalan saintifik DR Ho bersama model DNA yang merangsang semangatny­a membantu wanita.
Saya mendapati boleh menggunaka­n matematik dalam merungkaik­an pelbagai persoalan saintifik DR Ho bersama model DNA yang merangsang semangatny­a membantu wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia