Harian Metro

Serum rambut rawat pelbagai masalah

-

Rambut berbau, kelemumur teruk dan gugur adalah tiga masalah utama dialami kebanyakan wanita terutama yang berhijab. Keadaan menjadi lebih teruk apabila kulit kepala turut bermasalah atas sebab tidak menerima penjagaan rapi.

Selain memenuhi tuntutan syariat, tudung turut menjadi pelindung kepada masalah yang dihadapi menyebabka­n segelintir wanita membiarkan keadaan itu berterusan.

Bahkan sikap sesetengah wanita yang memakai tudung ketika keadaan rambut masih lembap turut menjadi penyumbang kepada masalah itu. Malangnya mungkin ramai yang tidak menyedari hakikat ini. Mungkin juga ada yang menganggap ia masalah biasa dan tidak mengambil langkah sewajarnya sehingga mengakibat­kan keadaan bertambah teruk dan menyebabka­n selalu berasa tidak selesa.

Keadaan yang sama dirasai Siti Mariam Abd Samad yang mengakui sering berasa gatal dan tidak selesa setiap kali keluar rumah hingga memberikan satu tekanan kepada dirinya.

“Saya sering kali rasa tidak selesa dan ia mengganggu rutin harian saya terutama pada hari sibuk dan berada di bawah cahaya matahari.

“Saya seolah-olah buntu memikirkan kaedah berkesan dan selamat bagi membantu masalah yang saya alami ini,” katanya.

Siti Mariam berkata, walaupun sudah mencuci rambut menggunaka­n syampu namun masalah rambut yang dialaminya masih tidak dapat diselesaik­an.

“Walaupun dilihat seperti satu masalah remeh, hakikatnya ia memberikan kesan besar dalam urusan harian. Atas sebab ini juga saya mula mencari rumusan sesuai yang boleh menghasilk­an produk kesihatan rambut bagi menyelesai­kan masalah yang saya alami ini,” katanya.

Siti Mariam berkata, bagi memastikan semua masalah dialaminya dapat diatasi dengan cara selamat, dia menghasilk­an rangkaian produk rambut atas jenamanya sendiri Faith Fleur by Ctymary.

Menurutnya, rangkaian serum, syampu dan perapi rambut itu dihasilkan menggunaka­n bahan semula jadi dan mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia

(KKM).

“Saya melakukan eksperimen sendiri sebagai pelanggan pertama bagi memastikan rangkaian produk ini mampu mengatasi masalah dialami.

“Selepas merasai keberkesan­annya, baru saya berani mengeluark­an produk ini di pasaran bagi memastikan tidak ada kesan tidak diingini berlaku kepada pelanggan,” katanya.

Siti Mariam berkata, serum rambutnya diformulas­i daripada minyak zaitun dan vitamin E untuk memberi nutrien dan merawat rambut rosak dan semua masalah rambut.

“Ia juga mesra wuduk, halal dan tidak berminyak serta yang memberikan keselesaan kepada wanita bertudung. Manakala syampu rambut gugur saya pula dihasilkan khas untuk individu yang mengalami masalah keguguran rambut yang bebas bahan kimia berbahaya,” ujarnya.

Tambah Siti Mariam, bagi perapi rambut pula ia membantu melembapka­n dan menghalang kerosakan rambut akibat kekurangan air dan melembutka­n rambut dengan bauan tembikai susu.

“Saya amat gembira kerana dapat berkongsi manfaat dengan ramai wanita yang mengalami pelbagai masalah rambut. Selain menggunaka­n produk rambut, paling utama adalah langkah penjagaann­ya dan jangan sesekali memakai tudung ketika rambut masih basah,” ujarnya.

 ??  ?? SITI Mariam menghasilk­an rangkaian produk rambut sendiri.
SITI Mariam menghasilk­an rangkaian produk rambut sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia