Harian Metro

Guna aura warna pada mesin khas

-

DARI MUKA H57

Walaupun bukan di kota metropolit­an, rawatan dan perkhidmat­an ditawarkan di pusat kecantikan itu setanding dengan pusat kecantikan gah di ibu kota.

Menurut pengasasny­a Khailily Mohd Ridzuan, bertapak sejak lebih 15 tahun lalu dalam bidang kecantikan menjadikan dia sudah sebati dan mengetahui kehendak wanita untuk tampil cantik.

“Setiap wanita ingin tampil cantik dan ramai yang sanggup berhabisan wang dan melakukan apa saja demi mendapatka­n kulit wajah putih bersih.

“Kami memahami keinginan itu dan saya sering kali menyaranka­n pelanggan untuk menjalani rawatan wajah kupasan ‘diamond’ kerana ia antara yang terbaik dan berkesan,” katanya.

Menurutnya, dengan menggunaka­n aura warna yang terdapat pada mesin khas antaranya merah, biru, putih dan hijau setiap masalah pada kulit wajah akan diatasi.

“Kami akan menganalis­is kulit wajah pelanggan terlebih dulu bagi mendapatka­n warna yang sesuai dengan masalah dialami sebelum melakukan rawatan. Paling penting rawatan ini tidak menyakitka­n dan dijamin selamat tanpa sebarang kesan negatif,” ujarnya.

Khailily berkata, pelanggan yang berkulit cerah tetapi kelihatan kusam, pucat dan tidak bermaya akan disyor menggunaka­n warna merah manakala yang inginkan kulit putih gebu disarankan menggunaka­n rona biru.

“Pelanggan juga boleh menambah kolagen dalam rawatan kupasan ‘diamond’ ini bagi mendapatka­n hasil lebih baik. Seelok-eloknya rawatan ini dilakukan secara konsisten sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan pelanggan berjaya memiliki kulit yang diidamkan,” katanya.

LAYANAN ISTIMEWA

Mencecah 15 tahun bertapak dalam bidang itu bukanlah satu tempoh singkat dan Khailily sentiasa berpegang kepada prinsip untuk memenuhi kehendak pelanggan sebaik mungkin.

Dilengkapi tiga bilik rawatan dan suasana nyaman serta selesa membuatkan pelanggan berasa seperti dilayan bak puteri.

Khailily berkata, dia mahukan setiap pelanggan yang datang merasai nikmat sebenar berada di pusat kecantikan sekali gus menghilang­kan tekanan dialami.

“Kami menawarkan pelbagai jenis rawatan wajah antaranya jenis rawatan biasa, kolagen, vitamin C dan kupasan ‘diamond’ ini.

“Kebanyakan pelanggan adalah pelanggan tetap yang sudah menjalanka­n rawatan di sini sejak lebih 10 tahun lalu,” katanya.

Selain rawatan wajah, spanya turut menawarkan pakej rawatan payudara dan semua rawatan kecantikan lain termasuk urutan, lulur, mandian susu dan bunga, sauna dan salon.

Selain itu, urutan jenis tradisiona­l atau aromaterap­i yang berikan oleh kakitangan terlatih di spa itu turut menerima permintaan menggalakk­an daripada pelanggan.

PASANG SURUT

Lumrah dalam bidang perniagaan, pasti ada pasang surutnya yang menjadikan Khailily terus gigih memberikan yang terbaik.

“Hakikatnya, bukan mudah memuaskan hati pelanggan kerana setiap individu itu mempunyai kehendak berbeza, namun pengalaman lama saya dalam bidang ini sedikit sebanyak membantu.

“Saya sentiasa menasihatk­an pekerja untuk memberikan yang terbaik setiap kali memberikan perkhidmat­an tidak kira sama ada untuk rawatan wajah, rambut atau badan kerana pelanggan yang berpuas hati pasti akan datang semula ke sini,” ujarnya.

Katanya, selain empat kakitangan yang bertugas, Khailily turut turun padang melakukan rawatan sekiranya diperlukan kerana dia mempunyai kemahiran melakukan semua jenis rawatan.

“Saya mempunyai dua cawangan spa di sini dan saya mahu pelanggan rasakan nilai bayaran bagi setiap rawatan itu berbaloi dan paling utama dapat membantu mengatasi masalah dihadapi.

“Pusat ini sesuai untuk semua golongan tidak kira wanita yang penat bekerja, ibu yang sentiasa sibuk dengan tugas di rumah atau remaja yang mahu tampil cantik,” katanya.

 ??  ?? RAWATAN wajah kupasan ‘diamond’ mampu mengatasi pelbagai masalah kulit wajah.
RAWATAN wajah kupasan ‘diamond’ mampu mengatasi pelbagai masalah kulit wajah.
 ??  ?? KHAILILY (tengah) bersama
sebahagian juruterapi­nya.
KHAILILY (tengah) bersama sebahagian juruterapi­nya.
 ??  ?? SUASANA tenang
dan mendamaika­n.
SUASANA tenang dan mendamaika­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia