Harian Metro

Personalit­i serlah gaya solekan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Istilah cantik bagi setiap individu itu berbeza, ada yang yakin tampil dengan solekan tebal dan menyerlah namun ada juga yang memilih untuk hanya mengenakan solekan nipis tetapi tetap kelihatan manis.

Apa juga jenis solekan dipilih, ia bergantung kepada si empunya diri kerana bagi sesetengah wanita, bersolek tebal mampu menutup segala kekurangan dan meningkatk­an keyakinan diri.

Menurut jurusolek profesiona­l Nadia Nasuha Sam, setiap wanita mempunyai cara atau jenis solekan yang digemari dan ia bergantung kepada personalit­i individu itu sendiri.

“Lebih elok dan sesuai sekiranya solekan tebal hanya dikenakan ketika majlis formal dan solekan nipis untuk hari biasa kerana ia lebih manis dipandang.

“Tidak perlu menghabisk­an masa berjam-jam untuk bersolek hanya untuk ke pejabat, bersantai pada hujung minggu atau menghadiri jemputan majlis perkahwina­n kerana bukan saja tidak sesuai malah membuang masa serta tenaga,” katanya.

Menurut Nadia Nasuha, seiring peredaran masa kini, solekan ringkas namun manis lebih menjadi pilihan dan rata-rata wanita sudah semakin mahir untuk bersolek sendiri.

“Perkembang­an teknologi seperti laman sesawang, YouTube, blog dan media kini menyediaka­n banyak tutorial dan demo solekan yang boleh diikuti dengan mudah.

“Ia menjadikan sesiapa saja mampu tampil cantik menawan dengan mengenakan solekan sendiri asalkan solekan itu tidak comot atau keterlalua­n,” ujarnya.

Menurutnya, dia juga menyaranka­n untuk mendapatka­n khidmat jurusolek profesiona­l sekiranya mahukan solekan tebal atau mempunyai tema tertentu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Sekiranya mahu tampil ringkas pada hari biasa seperti ke tempat kerja, keluar bersantai bersama yang tersayang atau menghadiri undangan bolehlah bersolek sendiri namun sekiranya mahu tampil memukau dengan solekan bertema, disarankan untuk mendapatka­n khidmat jurusolek profesiona­l.

“Saya yakin sesiapa saja mampu bersolek terutama apabila kerap melakukann­ya kerana elemen terpenting dalam solekan adalah kekemasan dan sekata,” katanya.

Nadia Nasuha berkongsi langkah demi langkah melakukan solekan ringkas namun manis dipandang yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada setiap wanita.

 ??  ?? 1. WAJAH model sebelum disolek. 2. LANGKAH pertama, sebelum mengenakan bedak asas bentuk kening terlebih dulu supaya ia kelihatan kemas.
3. SAPUKAN bedak asas dan bedak tabur ke seluruh wajah dengan sekata. Paling penting pilih rona bedak yang sesuai...
1. WAJAH model sebelum disolek. 2. LANGKAH pertama, sebelum mengenakan bedak asas bentuk kening terlebih dulu supaya ia kelihatan kemas. 3. SAPUKAN bedak asas dan bedak tabur ke seluruh wajah dengan sekata. Paling penting pilih rona bedak yang sesuai...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia