Harian Metro

Tekad langsing untuk sihat

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Usia 40-an jadi dorongan 2 wanita kekal berat badan ideal melalui

diet teratur dan senaman

Mengekalka­n kecantikan wajah dan tubuh selepas menjangkau usia lebih 40 tahun bukan satu perkara mudah dan ia antara cabaran terbesar bagi setiap wanita.

Ramai mengakui, kala usia muda, senaman ringan yang dilakukan beberapa kali seminggu sudah cukup untuk mengekalka­n berat badan. Malah usaha untuk menurunkan berat badan tidaklah sesukar mana. Namun apabila usia menginjak ke angka 40, semuanya berubah. Usaha perlu digandakan bagi mengelakka­n pertambaha­n saiz baju.

Perkara ini turut diakui beberapa rakan bergelar doktor yang tetap meluangkan masa untuk bersenam setiap hari, sekurangku­rangnya berjalan cepat setengah jam walaupun sepanjang hari sibuk di klinik mahupun hospital. Semuanya dilakukan bagi memastikan berat badan terus berada dalam julat ideal.

Pertambaha­n usia memang menjadi antara faktor yang boleh menyumbang kepada keadaan ini. Ia lebih memberi cabaran kepada wanita yang sudah melahirkan anak lebih daripada sekali.

Mungkin ada yang memilih untuk berhabis wang ringgit dengan melakukan pelbagai rawatan wajah serta pelangsing­an badan demi mendapatka­n bentuk badan diinginkan.

Namun, tidak kurang juga yang seolah-olah sudah tepu mindanya dan tidak tahu langkah yang perlu dilakukan bagi merealisas­ikan impian kerana semua usaha tidak membuahkan hasil.

Namun jika kita tekun berusaha dan menggunaka­n pendekatan yang betul, lambat-laun tentu akan mendapat hasilnya seperti yang dilalui Julia Muhamad dan Nurul Hasnita Taharim.

TIADA YANG MUSTAHIL

Berusia 45 tahun dan memiliki dua cahaya mata lelaki berusia 20 dan 11 tahun tidak menjadi penghalang untuk Julia mengekalka­n kecantikan dirinya.

Penampilan diri dan bentuk badan yang tinggi langsing sedikit pun tidak menunjukka­n usia sebenarnya kini.

Anak kelahiran ibu kota Kuala Lumpur yang menetap di Temerloh, Pahang ini berkata, pengalaman lalu memiliki berat badan mencecah

128 kilogram (kg) menjadi permulaan untuknya menjaga kecantikan diri.

“Saya perlu berbuat sesuatu kerana disebabkan terlalu gemuk saya kurang keyakinan dan selalu berasa rendah diri. Apabila badan terlalu besar, saya kelihatan jauh lebih tua berbanding usia sebenar selain menghalang saya untuk bergaya.

“Jadi saya bertekad untuk berubah. Saya mula bersenam dan menjaga pemakanan. Dalam seminggu saya akan bersenam sebanyak lima kali dan hanya makan nasi dua kali,” katanya.

Julia berkata, berkat kesungguha­nnya dia berjaya menurunkan berat badan dan kini memiliki berat 65 kg. Bagaimanap­un dia mengakui, bukan mudah untuk menepis godaan makanan tambahan pula yang menjadi kegemarann­ya.

Setiap kali godaan datang, dia akan memberitah­u dirinya supaya bersabar dan cekal demi mencapai impian.

“Syukur, saya berjaya memiliki berat badan ideal dan walaupun sudah berusia 45 tahun namun saya tetap boleh bergaya dan paling penting kini rasa lebih bertenaga.

“Saya mengamalka­n empat perkara iaitu jaga pemakanan, senaman secara teratur, cukup tidur dan elakkan tekanan bagi memastikan kecantikan diri terpancar secara semula jadi,” ujarnya.

Tambah Julia, dia juga sentiasa berfikiran terbuka dan mengukir senyuman bagi mengekalka­n aura positif pada dirinya.

“Untuk kekal cantik, saya akan pastikan ia terpancar secara semula jadi dan disebabkan itu saya perlu sentiasa gembira dan positif. Selain itu, tidak dinafikan saya juga melakukan rawatan wajah secara teratur bagi membantu mengekalka­n kecantikan,” katanya.

TEH KAYU MANIS TANPA GULA

Bagi Nurul Hasnita,

40, memiliki lima cahaya mata dan melalui lima kali proses kehamilan dan melahirkan memberi cabaran besar kepadanya untuk kekal cantik.

Menurutnya, dia mengamalka­n minuman teh tanpa gula yang diletakkan kayu manis bagi tujuan itu.

“Sama seperti wanita lain, saya juga mahu kekal cantik, sihat dan bertenaga terutama dalam menguruska­n rutin harian yang sentiasa sibuk.

“Syukur, walaupun sudah melalui lima kali proses melahirkan anak, saya berjaya mengekalka­n berat badan ideal dan tidak mengalami masalah kulit wajah,” katanya.

Tambah Nurul Hasnita yang turut mengamalka­n makanan tambahan, dia juga percaya faktor pemakanan adalah elemen terpenting yang perlu dititikber­atkan untuk kekal cantik dan sihat.

“Walaupun bukan mudah kerana sudah menjangkau ke usia 40 tahun, saya tetap berusaha untuk pastikan penampilan diri sentiasa terjaga.

“Ia amat penting kerana selain boleh bergaya dengan apa saja fesyen digemari, dalam masa sama ia juga menambah keyakinan diri berdepan dengan khalayak. Seronok rasanya apabila keluar bersama anak orang menyangkak­an kami adik beradik,” ujarnya

 ??  ?? JAGA pemakanan untuk kekal cantik.
JAGA pemakanan untuk kekal cantik.
 ??  ?? JULIA kekal cantik dan langsing walaupun usia sudah menjangkau 45 tahun.
JULIA kekal cantik dan langsing walaupun usia sudah menjangkau 45 tahun.
 ??  ?? IBU kepada lima cahaya mata, Nurul Hasnita amalkan teh kayu manis tanpa gula.
IBU kepada lima cahaya mata, Nurul Hasnita amalkan teh kayu manis tanpa gula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia