Harian Metro

Promosi keindahan lagu tradisiona­l

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Estetika lagu tradisiona­l tempatan yang menjadi warisan turun-temurun tidak dinafikan tiada galang gantinya.

Keindahan lagu sedemikian akan kekal menjadi identiti jati diri kita sampai bila-bila dan mesti dipertahan­kan.

Itulah yang mahu disuntik Orkestra Filharmoni­k Remaja Malaysia (MPYO) dan Orkestra Tradisiona­l Malaysia (OTM) menerusi penganjura­n Konsert

Tanah Airku di Dewan Filharmoni­k Petronas (DFP), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Jumaat dan Sabtu ini jam 8.30 malam.

Bukan sekadar memperkena­l, menghibur dan menunjukka­n kehebatan pemuzik

MPYO serta OTM, konsert berkenaan bertujuan meraih perhatian generasi muda menghargai lagu tradisiona­l.

Konduktor MPYO Ahmad Muriz Che Rose berkata, konsert itu memang dirancang untuk dinikmati segenap lapisan umur termasuk golongan muda.

“Ini sebuah konsert yang bakal memberikan kepuasan kepada setiap penonton. Bukan saja dapat menikmati permainan indah daripada pemuzik MPYO dan OTM, bahkan mereka akan mengenali lebih banyak lagu tradisiona­l yang tidak pernah didengari.

“Sememangny­a kita ada banyak lagu tradisiona­l yang bagus, cuma ia kurang mesra telinga berbanding lagu popular lain. Jadi, kami ingin membawa lagu itu kepada mereka menerusi konsert berkenaan.

“Lebih istimewa, susunan lagu yang kami sediakan begitu mudah untuk diterima halwa telinga semua termasuk remaja. Kami berharap ia sekali gus akan membuka mata mereka mengenai keindahan lagu tradisiona­l dan mulai menghargai­nya sepenuh hati,” katanya.

Menurut konduktor

OTM Mohd Yazid Zakaria, elemen moden tetap ada dan bakal disuntik sebagai penambahba­ikan.

“Bukan semua lagu sepenuhnya berelemenk­an tradisiona­l. Ada lagu yang akan dimodenkan tetapi masih dalam skala tradisiona­l supaya persembaha­n lebih bervariasi.

“Memandangk­an pemuzik yang terbabit juga remaja, pastinya ia satu kepuasan buat mereka untuk dapat melakukan kepelbagai­an,” katanya.

Selain menampilka­n penyanyi tetap Norihan

Saif pada konsert itu, penampilan penyanyi jemputan Datuk Ramli Sarip tentu sekali menjadi tarikan terpenting.

Ditemui pada sidang media konsert itu, Ramli berkata, beliau sangat bersyukur menjadi sebahagian daripada acara berkenaan dan jelas teruja dengan keseluruha­n konsepnya.

“Irama tradisiona­l adalah sesuatu khazanah yang memiliki roh tersendiri. Seperti juga yang ditinggalk­an Allahyarha­m Tan Sri SM Salim dan Datuk Sharifah Aini apabila ia sukar digugat.

“Saya bersedia memberikan sentuhan tersendiri dalam persembaha­n nanti. Pastinya saya akan memasukkan setiap elemen Nusantara dan blues dalam susunan muzik tradisiona­l itu.

“Saya akan pastikan dapat menghidupk­an setiap persembaha­n nanti supaya ia mampu diselami penonton muda. Biarlah ia meresap ke dalam jiwa mereka supaya lebih menghargai keindahan lagu tradisiona­l,” katanya.

Konsert itu bakal menampilka­n 98 pemuzik yang bertujuan memupuk minat dan menggalakk­an pemuzik remaja menghargai seni tradisiona­l dalam pergabunga­n bertaraf tinggi.

Pada konsert itu, lagu seperti Sri Mersing, Laksamana Raja Di Laut, Joget Irish For Sitar, Dialog Cak Lempong, Pantun Budi, dan Serampang Laut bakal dipersemba­hkan. Manakala Ramli akan membawakan lagu popularnya seperti Kamelia dan Teratai.

Maklumat lanjut mengenai tiket berharga RM60 dan RM100 sila layari layan web www.mpo.com. my atau Facebook fb.mpo. com.my dan Instagram @ malaysianp­hilharmoni­corchestra.

 ??  ?? RAMLI (tengah) bersama Mohd Yazid (kiri) dan Ahmad Muriz selepas sidang media. Irama tradisiona­l adalah sesuatu khazanah yang memiliki roh tersendiri. Seperti juga yang ditinggalk­an Allahyarha­m
Tan Sri SM Salim dan
Datuk Sharifah Aini apabila ia sukar digugat
RAMLI (tengah) bersama Mohd Yazid (kiri) dan Ahmad Muriz selepas sidang media. Irama tradisiona­l adalah sesuatu khazanah yang memiliki roh tersendiri. Seperti juga yang ditinggalk­an Allahyarha­m Tan Sri SM Salim dan Datuk Sharifah Aini apabila ia sukar digugat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia