Harian Metro

Berbaloi demi Loudness

-

Band heavy metal legenda Jepun ini sememangny­a dinanti penonton pada konsert

Sound Valley Festival 2017 di MAEPS

Tidak dinafikan lebih 90 peratus penonton yang hadir ke konsert hari kedua Sound Valley Festival 2017 di MAEPS, Serdang, Selangor, Ahad lalu mahu menyaksika­n kehebatan band heavy metal legenda dari Jepun, Loudness.

Loudness yang kini dianggotai Minoru Niihara (penyanyi), Akira Takasaki (gitar), Masayoshi Yamashita (bass) dan Masayuki Suzuki (dram - pemain dram asal mereka, Munetaka Higuchi meninggal dunia pada 2008) ini cukup dekat dengan rocker Malaysia.

Ketika era kegemilang­an muzik rock di Malaysia pada 1980-an, nama Loudness tidak lekang daripada bibir peminat muzik rock tempatan.

Pendek kata, tak lengkap kehidupan sebagai rocker jika tidak mendengar lagu Loudness.

Akhirnya, empat pemuzik hebat ini berada di depan mata. Ini adalah kedatangan kali kedua Loudness selepas konsert di KL Live pada 2011.

Walaupun persembaha­n Loudness lewat hampir sejam akibat masalah teknikal, namun penonton tetap setia menanti.

Dan semuanya berbaloi apabila Loudness memulakan persembaha­n.

Tanpa sebarang bicara, mereka membawakan tiga lagu yang cukup sinonim dengan peminat di sini, iaitu Crazy Nights, Like Hell dan Heavy Chains daripada album Thunder in the East.

Apa yang pasti, kunci utama persembaha­n Loudness ialah daripada pemain gitarnya, Akira. Permainan Akira cukup memukau.

Boleh dikatakan sukar untuk mencari sebarang kecacatan dalam teknik permainann­ya termasuk solo gitar yang mengagumka­n.

Sejak dulu, Akira selaku pengasas Loudness dilihat sebagai tulang belakang band ini. Gandingann­ya dengan Minoru dan Masayoshi cukup lengkap dan padat walaupun sekadar ‘three-piece band’.

Begitu juga dengan Masayuki yang menggantik­an Munetaka pada 2009. Bukan saja menampilka­n permainan dram yang hebat, bertubuh sasa, bermisai dan berjanggut panjang membuatkan Masayuki kelihatan ‘gerun’ seperti pahlawan samurai atau anggota Yakuza!

Apa yang pasti, senarai lagu Loudness pada malam itu memuaskan hati peminat tegar mereka walaupun ada yang sedikit kecewa apabila mereka tidak memainkan lagu Shadow of War.

Kebanyakan­nya adalah lagu yang dihafal peminat seperti Loudness, Black Wall, Let It Go, Rock & Roll Gypsy, So Lonely, Rock This Way, Esper, Sun Will Rise Again, Metal Mad, In The Mirror, Crazy Doctor dan S.D.I.

Terdahulu, tapak konsert sudah dibanjiri penonton seawal jam 2 petang bagi menyaksika­n persembaha­n band rock lain seperti Wings, MAY, Metalasia, Cassandra dan FiftyOne50.

MAY yang sudah lama tidak beraksi sejak penyanyi Mus jatuh sakit pada Julai lalu memberikan persembaha­n yang memikat.

Mus berkata, konsert

 ??  ?? SEBAHAGIAN peminat yang hadir dengan gaya rock 1980-an.
SEBAHAGIAN peminat yang hadir dengan gaya rock 1980-an.
 ??  ?? AKSI Minoru memukau peminat Loudness.
AKSI Minoru memukau peminat Loudness.
 ??  ?? KEHADIRAN Wings tetap dinanti.
KEHADIRAN Wings tetap dinanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia