Harian Metro

Sedia pembantu untuk isteri

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Lan tidak mahu Nur Sheila bersendiri­an jaga persembaha­nnya sepanjang GV4

Dalam kesibukan vokalis kumpulan Kristal, Lan menyertai pertanding­an Gegar Vaganza musim keempat (GV4), dia juga perlu memberi tumpuan kepada isterinya, Nur Sheila Hassim yang kini hamil anak keempat.

Menurut Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, usia kandungan isteri yang juga pengurusny­a itu mencecah enam bulan dan dijangka melahirkan anak perempuan pada Mac tahun depan.

“Alhamdulil­lah, inilah yang dinamakan rezeki. Selain memberi fokus kepada pertanding­an, saya juga perlu memastikan isteri dan kandungan berada dalam keadaan sihat. Pendek kata, banyak perkara yang difikirkan. Mahu atau tidak, saya perlu lalui semua ini.

“Namun, saya bersyukur isteri sangat memahami. Sejak zaman sekolah, bercinta sehinggala­h sekarang, dia seorang yang bijak dalam pengurusan. Jadi tidak mustahil dalam keadaan sarat mengandung, dia tetap menjaga keseluruha­n persiapan dan persembaha­n saya pada pertanding­an ini.

“Walaupun saya menasihati­nya agar berehat, dia tetap yakin dan mampu buat semua perkara. Cuma, saya tidak sampai hati membiarkan dia lakukan seorang diri. Disebabkan itu, saya mendapatka­n pembantu untuk menolong apa yang patut sepanjang GV4 ini,” katanya.

Berkongsi khabar gembira itu, Lan mengakui kehadiran bakal anak perempuan ketiga itu menambahka­n keceriaan dalam kehidupan mereka.

Malah, Lan teruja untuk menimang cahaya mata lagi dan menyifatka­n ia tetap memberikan pengalaman berbeza meskipun sudah memiliki tiga anak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki.

“Setiap anak, saya dan isteri melalui pengalaman berbeza. Bayi yang bakal dilahirkan ini sangat istimewa. Apa tidaknya, saya berada dalam pertanding­an dan dia menjadi saksi perjuangan saya dalam program ini.

“Bagaimanap­un, saya bersyukur dengan rezeki diberikan Allah

SWT. Pada masa sama, Allah juga mempermuda­hkan segala perancanga­n yang sudah diatur,” katanya.

TAK TIDUR MALAM

Bercerita mengenai pembabitan­nya dalam GV4, Lan mengakui dia tidak tidur malam ketika diberi tugasan lagu Sayang Sayang pada minggu lalu.

“Alhamdulil­lah, usaha saya berbaloi apabila berada di kedudukan Top 3. Segala penat lelah dan tidak cukup tidur terbayar. Secara peribadi, saya berpuas hati dengan persembaha­n diberikan apatah lagi Datuk Ramli MS turut memberikan maklum balas positif.

“Tidak setakat itu, inisiatif untuk belajar menari juga satu pengalaman baru. Diakui saya lebih banyak memberi fokus kepada vokal dan persembaha­n. Jadi untuk tarian, saya belajar sendiri pada petang hari pertanding­an.

Saya hanya tengok ‘step’ penari kemudian ikut saja,” katanya.

Menurut Lan, tugasan minggu lalu yang bertemakan Boleh Ka

Idok iaitu menyanyika­n lagu bukan genre mereka dianggap sangat mencabar.

Lan berkata, memasuki minggu keempat, dia menjadikan diri sendiri sebagai pencabar utama.

“Cabaran terbesar saya adalah diri sendiri. Kalau tak boleh berdepan cabaran ini, sudah tentu saya tidak boleh lakukan. Kiranya, saya bergantung kepada kekuatan diri.

“Paling penting, sepanjang pertanding­an ini saya mendapat sokongan daripada rakan. Mereka sering memberi tip kepada saya. Perkara utama, saya perlu sentiasa tenang. Bukan apa, ini adalah pertanding­an realiti yang saya sertai secara solo,” katanya.

Mengenai sambutan peminat terhadap dirinya, Lan mengakui dia mulai diminati peminat baru iaitu terdiri daripada remaja.

Disebabkan itu juga, Lan tidak kisah untuk aktif di laman sosial Instagram sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang tidak henti memberikan sokongan.

“Sepanjang pertanding­an peminat Kristal memang mengikuti saya. Atas inisiatif dan usaha mereka juga kelompok peminat saya jadi pelbagai. Disebabkan itu, tidak ada alasan lagi untuk saya mengelak daripada aktif di laman sosial.

“Sebelum ini saya bukan jenis yang pegang telefon 24 jam. Malah, kalau memuat naik gambar di Instagram pun ia membabitka­n kerja dan perniagaan. Namun sekarang segalanya berubah. Kalau boleh peminat inginkan setiap hari ada gambar baru.

“Lagi satu, mereka suka jika gambar dan keterangan yang dimuat naik lebih bersahaja.

Bagi mereka, ia menggambar­kan personalit­i saya. Sebagai penghargaa­n juga, saya meluangkan masa untuk membalas komen mereka,” katanya.

Pada minggu keempat yang bertemakan Berdua Lebih Baik,

Lan akan berduet dengan sahabat baiknya, Siti Nordiana menerusi lagu Naluri Cinta nyanyian asal Rohana Jalil dan To’ki.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia