Luah emosi dalam tarian
Persembahan Co-alescence diharap ubah persepsi banyak pihak
persepsi mengenai tarian.
“Tentunya saya berharap ia mampu mengubah persepsi masyarakat sekali gus mendapat sokongan banyak pihak,” katanya.
Bagi Ahmad Zaidyansjah pula, dia mahu generasi muda yang menceburi bidang tarian lebih berdisiplin dalam melakukan sesuatu.
“Masih ada yang mengambil ringan apabila kita bercakap mengenai tarian. Sebagai penari, perkara paling utama adalah disiplin dan menepati masa.
“Saya juga pernah mewakili Malaysia ke WCOPA dan apa yang dilihat, semangat serta disiplin penari di peringkat antarabangsa membuatkan saya kagum,” katanya.
Ditanya mengenai cabaran dalam menjayakan pementasan selama tiga hari di DPAC itu, kedua-duanya berbicara mengenai idea.
“Ada antara idea yang kami cuba hasilkan di peringkat awal pernah dipentaskan. Jadi, kami perlu fikirkan idea baru dalam persembahan,” kata Syafiqah.
Pementasan tarian Coalescence menggabungkan beberapa jenis tarian iaitu hip hop, kontemporari, berlirik (ada jalan cerita), jaz, broadway dan tarian tradisional Malaysia.
Dalam persembahan yang berlangsung selama dua jam itu, ternyata ramai penonton tidak berganjak dari tempat duduk menyaksikan persembahan hebat penari terbabit.
Tidak hanya menampilkan penari dari 2twenty2 Studio iaitu 2twenty2 Squad, Co-alescence juga menggabungkan beberapa kumpulan antaranya Budak Joget, Walawei Crew, Kami Tari Family serta beberapa penari dari Akademi
Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta Akademi Tarian Swatari (Swatari).