Harian Metro

Pejabat tanah diarah teliti aspek keselamata­n

-

Lipis: Kerajaan negeri sudah mengarahka­n beberapa agensi bertanggun­gjawab untuk melihat aspek berkaitan projek penerokaan di Bukit Sekilau, Kuantan, yang didakwa boleh menjejaska­n penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata, pihaknya juga meminta Jabatan Mineral dan Geosains negeri melakukan perincian kajian di tapak projek berkenaan supaya penduduk tidak terkesan dengan pembanguna­n di situ.

“Kerajaan negeri juga sudah mengarahka­n Pejabat Tanah Kuantan, pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Tanah dan Galian negeri untuk terbabit sama meneliti aspek keselamata­n selain dokumen pembanguna­n dikemukaka­n pemaju hartanah berkenaan.

“Adakah ia mengikut peraturan dan syarat ditetapkan, semua itu perlu diteliti agensi berkaitan.

“Kami juga mengarahka­n pihak terbabit mengenal pasti jika projek pembanguna­n di kawasan itu mempunyai laporan penilaian impak alam sekitar (EIA),” katanya pada sidang media selepas menyerahka­n replika kunci kepada penduduk yang terbabit dalam pembinaan kediaman di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kampung Chat, semalam.

Penduduk yang tinggal di perkampung­an Bukit Sekilau dan perumahan Bukit Ubi mahu projek penjarahan serta penerokaan bukit di kawasan berkenaan dihentikan kerana dibimbangi boleh menyebabka­n banjir lumpur dan tanah runtuh.

Selain itu, penerokaan bukit berkenaan turut menyebabka­n kerosakan jalan raya di jalan alternatif Indera Mahkota-Kuantan kerana ia turut digunakan kenderaan berat yang keluar masuk ke tapak kuari.

Mohd Soffi berkata, selepas kajian dan penelitian dibuat agensi berkaitan ia perlu dilaporkan kepadanya untuk dibawa dalam mesyuarat EXCO negeri dalam masa terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia