Harian Metro

Sungguh kurang ajar!

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

 Mohamed Nazri ulas isu wanita bertudung dilarang bekerja di kaunter hadapan hotel

ika benar larangan itu sebahagian daripada dasar antarabang­sa, memang kurang ajar, yang datang ke negara ini sepatutnya hormat Perlembaga­an kita,” kata Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengulas isu larangan bertudung terhadap wanita Islam yang bekerja di kaunter hadapan khidmat pelanggan hotel rangkaian antarabang­sa.

Lebih mengejutka­n, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cheah Swee Hee turut dilaporkan mempertaha­nkan tindakan hotel melarang wanita Islam bertudung bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebagai sebahagian dasar antarabang­sa.

Mohamed Nazri berkata, arahan itu sama ada oleh pengurusan hotel tempatan atau antarabang­sa, jelas bertentang­an dengan Perlembaga­an Persekutua­n yang memperuntu­kkan kebebasan beragama serta tidak menghormat­i budaya masyarakat majoriti di negara ini.

“Saya tidak percaya dasar ini wujud di peringkat antarabang­sa. Saya tak fikir syarikat antarabang­sa yang datang dari negara yang menekankan hak asasi manusia, ada prosedur operasi standard (SOP) melarang seseorang menggunaka­n tudung.

“Alasan MAH itu tidak betul. Saya nak mereka tunjuk (bukti dasar itu),” katanya dalam sidang media Prapelanca­ran Festival Kraf Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLICF) 2017 di Parlimen, di sini, semalam.

Beliau juga turut menyelar pihak yang cuba mempertaha­nkan larangan bersifat diskrimina­si itu, khususnya jika mereka adalah rakyat Malaysia kerana gagal memahami undang-undang dan budaya negara sendiri.

“Jika benar SOP ini wujud, kena protes dan beritahu ini budaya di Malaysia dan tudung adalah amalan kira-kira 60 peratus penduduk di negara ini. Mengapa hotel antarabang­sa datang sini dan buat syarat itu.

“Apa salahnya bertudung? Adakah berbogel di kaunter hadapan itu lebih baik,” katanya.

Menurutnya, kementeria­nnya tiada kuasa mengambil tindakan seperti membatalka­n lesen hotel yang bertindak demikian kerana hanya terbabit memberi penarafan kepada hotel, manakala lesen operasi adalah di bawah bidang kuasa Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Lembaga Tenusu dan Ruminan Negara berperanan membangunk­an industri tenusu dan pedaging negara untuk memenuhi permintaan domestik susu serta daging di sepanjang rantaian nilai termasuk aspek pengembang­an dan pasaran.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, lembaga itu juga berfungsi memperting­kat tahap ekonomi dan sosial golongan penternak ruminan tempatan.

“Ia juga membantu dari aspek perancanga­n, penyelaras­an, khidmat nasihat, pemasaran dan keperluan lain,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) mengenai peranan utama Lembaga Tenusu dan Ruminan Negara dalam menjayakan industri tenusu negara pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

 ?? Mohamed Nazri Abdul Aziz ?? Saya tak fikir syarikat antarabang­sa yang datang dari negara yang menekankan hak asasi manusia, ada prosedur operasi standard (SOP) melarang seseorang menggunaka­n tudung”
Mohamed Nazri Abdul Aziz Saya tak fikir syarikat antarabang­sa yang datang dari negara yang menekankan hak asasi manusia, ada prosedur operasi standard (SOP) melarang seseorang menggunaka­n tudung”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia