Harian Metro

Model kurikulum institusi tahfiz

-

Kuala Lumpur: Kerajaan melalui pelaksanaa­n Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sedang merangka empat model kurikulum yang boleh diguna pakai oleh institusi tahfiz untuk menjamin masa depan dan hala tuju pelajarnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif itu digerakkan kerana kerajaan menyedari bahawa sistem pendidikan tahfiz di negara ini perlu ditambah baik.

Katanya, pada masa ini, tiada sistem pengajian tahfiz yang khusus atau selaras diguna pakai oleh pengusaha sekolah tahfiz dan kebanyakan­nya menggunaka­n kaedah daripada pelbagai aliran pengajian bergantung kepada aliran pengajian guru masing-masing.

Menurutnya, kerajaan menyedari sistem pendidikan tahfiz perlu ditambah baik untuk menjamin kualiti lepasan pelajar sekolah tahfiz, justeru DPTN memperkena­lkan empat model kurikulum.

Beliau berkata, empat model itu merangkumi Tahfiz Turath iaitu pengajian tahfiz al-Quran bersama kitab Turath, Tahfiz Sains (pengajian tahfiz al-Quran bersama mata pelajaran Sains), Tahfiz Dini (pengajian tahfiz al-Quran bersama mata pelajaran agama Islam) dan Tahfiz Kemahiran (pengajian tahfiz al-Quran bersama modul kemahiran).

“Melalui DPTN, seiring dengan aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50), sasaran digariskan adalah melahirkan 125,000 huffaz yang bukan saja menghafal al-Quran, tetapi juga mempunyai kemahiran dalam disiplin dan bidang ilmu profesiona­l iaitu generasi ulul albab,” katanya menjawab soalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang bertanyaka­n adakah kementeria­n bercadang mewujudkan satu sistem pembelajar­an khas untuk sekolah tahfiz di negara ini di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia