Harian Metro

Shahruddin beri keterangan pada ROS

-

Putrajaya: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh memberi keterangan kira-kira tiga jam kepada Jabatan Pertubuhan Pendaftar (ROS) di sini, semalam.

Shahruddin ketika ditemui berkata, kehadirann­ya untuk memberi keterangan susulan beberapa bahagian PPBM di Johor membuat aduan kepada ROS berhubung beberapa perkara.

Katanya, selama tiga jam memberi keterangan kepada pegawai penyiasat ROS, beliau memberi kerjasama dengan mengemukak­an segala bukti dan maklumat diperlukan jabatan itu.

“Segala soalan yang ditanyakan adalah berkaitan soal perlembaga­an,” katanya.

Sebelum ini, Shahruddin memaklumka­n menerima panggilan daripada ROS dan akan hadir bagi memberi kenyataan dan bekerjasam­a.

Ia susulan lapan bahagian PPBM di Johor membuat laporan kepada ROS berhubung kegagalan kepemimpin­an tertinggin­ya mematuhi perlembaga­an parti.

Antaranya, kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan. Seramai 360,690 penumpang harian menggunaka­n perkhidmat­an bas RapidKL bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, purata pengguna bas bagi Rapid Penang dan Rapid Kuantan pula masing-masing mencatatka­n 80,000 orang dan 10,000 orang bagi tempoh sama.

“Bas Rapid beroperasi di laluan sosial yang dikenal pasti serta beroperasi hampir sepanjang waktu,” katanya menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) mengenai pelaksanaa­n bas Rapid di semua ibu negeri dan jumlah penumpang purata sehari di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia