Harian Metro

Bayar RM28,850 dapat 20 kenderaan Komisen sindiket

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali am@hmetro.com.my

Seremban: Seorang pemandu lori membida 20 kenderaan pada nilai RM28,850 dalam lelongan awam di Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Mohd Othman Palal, 43, yang juga anak peneroka FELDA Keratong 1, Pahang, adalah pembida tertinggi dengan 17 motosikal dan masing-masing sebuah kereta, van serta lori lima tan.

“Hanya tiga kenderaan untuk kegunaan sendiri, manakala 17 lagi kenderaan dibida untuk rakan yang sudah menempahny­a.

“Sebelum ke sini (JPJ Negeri Sembilan), saya meminta rakan menyenarai­kan kenderaan yang mereka mahu dengan anggaran harga,” katanya selepas majlis lelongan itu, di sini.

Menurutnya, dia ditemani isteri dan seorang rakan menempuh perjalanan sejauh 120 kilometer dengan menaiki lori untuk menghadiri acara itu kerana mengetahui harganya lebih rendah berbanding nilai pasaran.

Katanya, dia mula mengikuti lelongan awam sejak 2003 secara sendirian dan kenderaan dibida itu dijual semula kepada rakan.

Sementara itu, Pengarah JPJ negeri Azrin Borhan berkata, 60 kenderaan iaitu 55 motosikal, dua kereta, dua lori lima tan dan sebuah van dilelong pada majlis berkenaan.

Menurutnya, semua kenderaan itu disita sejak 2007 dan dilucutkan hak melalui perintah mahkamah atas pelbagai kesalahan seperti tiada cukai jalan dan mengubah suai enjin serta nombor casis.

Ditanya mengenai kerosakan dokumen akibat banjir, Azrin berkata, mangsa boleh mendapatka­n semula dokumen baru secara percuma di pejabat JPJ sehingga 15 Mei 2018.

“Mangsa banjir yang mengalami kerosakan dokumen seperti lesen memandu, cukai jalan kenderaan (LKM) dan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) boleh mendapatka­nnya semula dengan membawa dokumen asal yang rosak dan laporan polis,” katanya.

Segelintir peminta sedekah warga Thailand yang menjalanka­n kegiatan mereka di negara ini mendakwa mewakili pengurusan masjid, pondok dan rumah anak yatim yang memerlukan bantuan.

Mengenakan jubah dan berkopiah, golongan itu dikesan aktif berlegar di kawasan tumpuan di bandar untuk meraih simpati umat Islam supaya menderma untuk institusi terbabit.

Bagaimanap­un, apabila diminta membacakan sepotong ayat suci al-Quran atau surah, tiada seorang pun daripada mereka dapat melakukann­ya.

Lebih jelik apabila ada antara mereka mengaku mewakili sindiket tertentu dan hanya mengambil 30 peratus daripada derma dikutip.

Taktik mereka terbongkar apabila lapan individu ditahan penguat kuasa Majlis Perbandara­n Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) ketika serbuan pada 2 November lalu.

Malah, usaha memburu beberapa lagi pengemis warga asing giat dijalankan bagi mengekang aktiviti tidak bertanggun­gjawab itu.

Ketua Operasi MPKB-BRI, Mohd Halimie Md Salleh berkata, pihaknya menahan empat lelaki yang menyamar wakil masjid, sekolah pondok dan rumah anak yatim, manakala empat lagi wanita yang menjual kerepek di hadapan bank di Kota Bharu.

Katanya, mereka ditahan berusia antara 20 hingga 40-an dengan semuanya mengenakan jubah dan lelaki pula berkopiah bagi mengaburi mata umat Islam tempatan supaya menderma.

“Mereka dapat kutip lebih RM100 sehari. Empat lelaki yang menyamar itu langsung tidak pandai baca al-Quran dan mengaku mewakili sindiket tertentu untuk meraih simpati. “Mereka (peminta sedekah) juga memaklumka­n wang derma dikutip diserahkan kepada sindiket 70 peratus dan mereka hanya dapat 30 peratus.

“Kami percaya sindiket didalangi warga tempatan, namun gagal mengesan mereka. Usaha dilakukan bagi kekang kegiatan ini bersama agensi berkuatkua­sa lain,” katanya, semalam.

 Warga asing menyamar wakil masjid mengaku dapat 30% hasil kutipan derma

 ??  ?? MOHD Othman (kiri) berbincang dengan pegawai JPJ selepas memenangi bidaan dalam acara lelongan awam, semalam.
MOHD Othman (kiri) berbincang dengan pegawai JPJ selepas memenangi bidaan dalam acara lelongan awam, semalam.
 ??  ?? PENGEMIS warga negara jiran yang ditahan MPKB-BRI.
PENGEMIS warga negara jiran yang ditahan MPKB-BRI.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia