Harian Metro

Nafi 4 pertuduhan simpan 85 tenggiling

-

Alor Setar: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas empat pertuduhan menyimpan 85 tenggiling tanpa permit khas dan dengan sengaja menzalimi haiwan berkenaan dengan mengurung dan mengikatny­a dalam karung plastik, minggu lalu.

Tertuduh, Lim Choon Beng, 37, dari Taman Sri Treh 1, Jalan Bukit Treh, Muar, Johor membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azman Abu Hassan selepas pertuduhan dibacakan dan diterangka­n jurubahasa mahkamah.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu bersama-sama dua orang yang masih bebas di rumah beralamat CNB 31/15/5 Jalan Kampung Darat, Kampung Darat, Changlun, Kubang Pasu pada 7 November lalu, kira-kira jam 7.45 pagi.

Mengikut pertuduhan pertama Lim didakwa bersama-sama dua orang yang masih bebas menyimpan 16 tenggiling yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemulihara­an Hidupan Liar (APHL) 2010 (Akta 716) dan melakukan kesalahan Seksyen 68 (1)(a), akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan kedua pula, menyimpan 41 tenggiling tanpa permit khas mengikut Seksyen 69 (1) APHL 2010 (Akta 716) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama.

Pertuduhan ketiga, menyimpan 28 tenggiling betina dan melakukan kesalahan Seksyen 70 (1) APHL 2010 (Akta 716).

Lim turut didakwa sengaja menzalimi 85 tenggiling itu dengan cara mengurung dan mengikat dalam guni plastik yang menyebabka­n penderitaa­n dan ketidaksel­esaan terhadap haiwan terbabit, mengikut Seksyen 86 (1) (c), akta sama.

 ??  ?? LIM (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, semalam.
LIM (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia