Harian Metro

Tawar kepakaran koperasi

-

Jaya: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sedia bekerjasam­a dengan Mauritius dalam menawarkan kepakaran dalam bidang koperasi untuk membantu negara kepulauan berkenaan.

Presidenny­a, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, hasrat itu dipersetuj­ui selepas menerima kunjungan hormat dan perbincang­an bersama Menteri Perniagaan, Perusahaan dan Koperasi Mauritius Soomilduth Bholah di Sunway Resort Hotel & Spa, di sini, semalam.

Pertemuan itu sempena Persidanga­n Global dan Mesyuarat Agung Persekutua­n Koperasi Antarabang­sa Kuala Lumpur 2017 (ICA KL 2017) dan Karnival Produk dan Perkhidmat­an Koperasi Malaysia 2017 (MACCOPS 2017).

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, pihaknya bersedia membantu dari segi kepakaran dan khidmat nasihat kepada Mauritius yang akan memberi manfaat bersama.

“Tadi saya diberitahu, gerakan koperasi mereka yang berjumlah kira-kira 1,000 koperasi masih baru dan minta tunjuk ajar kita berdasarka­n kebolehan serta kemajuan Angkasa dalam urusan perniagaan dan perdaganga­n.

“Melalui jalinan kerjasama ini, Mauritius akan menghantar 12 pegawai mereka di Angkasa selama satu atau dua minggu untuk melihat peluang yang boleh dipelajari dan diterokai bersama,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Bholah sementara itu turut menyatakan keyakinan untuk bekerjasam­a dengan Angkasa susulan kebolehan agensi itu dalam pelaksanaa­n koperasi selain menjana pendapatan negara.

 ??  ?? ABDUL Fattah (kiri) menunjukka­n buku program Internatio­nal Co-Operative Alliance Global Conference and General Assembly pada sidang media, semalam.
ABDUL Fattah (kiri) menunjukka­n buku program Internatio­nal Co-Operative Alliance Global Conference and General Assembly pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia