Harian Metro

Siren panik

 Ancaman bom pengganas hanya latihan

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Orang ramai gempar susulan maklumat mengenai ancaman bom pengganas di Menara Gamuda, Damansara Perdana di sini.

Namun kebimbanga­n itu reda sebaik mengetahui anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan latihan di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, latihan bermula 9.10 pagi itu membabitka­n senario ancaman bom di bangunan berkenaan.

“Latihan ini amat berjaya kerana semua pasukan dan agensi memberikan tindak balas cepat selepas siren kecemasan dibunyikan.

“Jangan panik! Ia hanya latihan Pelan Tindakan Kecemasan Ancaman Bom,” katanya ketika dihubungi wartawan semalam.

Menurutnya, latihan di blok D di Pusat Perdaganga­n Petaling Jaya itu dianjurkan Gamuda Engineerin­g Sdn Bhd dengan kerjasama UPB Daerah Petaling Jaya dan Kontinjen Selangor.

“Latihan bermula sebaik pengurusan bangunan itu ‘menerima’ panggilan ancaman bom sebelum memaklumka­nnya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

“Sebaik menerima maklumat itu, sepasukan anggota UPB dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum menemui kotak mencurigak­an disahkan mengandung­i bom oleh anggota UPB.

“Kakitangan bertugas kemudian diarah mengosongk­an bangunan bagi membolehka­n anggota UPB mematikan bom,” katanya.

Menurutnya, latihan itu tamat sepenuhnya jam 11 pagi semalam.

 ??  ?? LATIHAN bom di Menara Gamuda, Petaling Jaya.
LATIHAN bom di Menara Gamuda, Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia