Harian Metro

Sasar 1.2 juta ahli cilik, remaja

 Kelab Nuri Bank Rakyat jalin kerjasama dengan industri pendidikan kini berusia 10 tahun

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Bank Rakyat yakin menarik 1.2 juta ahli Kelab Nuri sehingga Oktober tahun depan disokong pelbagai manfaat baru ditawarkan kepada ahlinya.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi­nya Nizam Sani berkata, setakat ini pihaknya mempunyai 700,000 ahli Kelab Nuri dan memerlukan lebih kurang 600,000 lagi untuk mencapai sasaran itu.

Katanya, Kelab Nuri Bank Rakyat yang bakal memasuki tahun ke-10 penubuhann­ya tampil dengan pelbagai pembaharua­n dengan kemudahan dan keistimewa­an menerusi jalinan kerjasama rakan strategik dalam pelbagai industri.

“Kami menjalin kerjasama dengan industri terbabit dalam pendidikan dan pelanconga­n bagi membolehka­n ahli menikmati pelbagai diskaun eksklusif.

“Bersesuaia­n dengan imej serta karakter baru Nuri yang bergaya, aktif dan ceria, Kelab Nuri

Bank Rakyat menyediaka­n aktiviti serta program bagi memenuhi keperluan dan gaya hidup kanak-kanak dan remaja masa kini,” katanya di sini, semalam.

Antara manfaat ahli adalah pemberian wang tunai, pelindunga­n takaful sehingga RM2,000, diskaun eksklusif rakan dagang terpilih dan keutamaan menyertai program anjuran Kelab Nuri.

Bagi calon peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ahli akan mendapat tuisyen percuma, bengkel peperiksaa­n dan pengiktira­fan kecemerlan­gan.

Kelab berkonsepk­an pendidikan dan gaya hidup ini melanjutka­n tempoh keahlian dari usia tiga bulan sehingga 18 tahun berbanding 12 tahun bagi membolehka­n mereka menikmati kemudahan serta keistimewa­an bagi tempoh lebih lama.

Yuran keahlian Kelab Nuri Bank Rakyat adalah RM50 pada tahun pertama dan RM10 tahun berikutnya.

Pendaftara­n untuk ahli Kelab Nuri Bank Rakyat dibuka bermula semalam dan Bank Rakyat akan menganjurk­an siri jelajah dan karnival mini di tiga lokasi iaitu Kedah, Johor dan Kuala Lumpur bermula bulan ini bagi memberi pendedahan kepada golongan sasaran.

 ??  ?? NIZAM (kiri) memperkena­lkan kad keahlian Kelab Nuri Bank Rakyat yang baru.
NIZAM (kiri) memperkena­lkan kad keahlian Kelab Nuri Bank Rakyat yang baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia